
(Sekadar hiasan cuma...)
1. TERLALU Manja
Sifat manja wanita sering dikaitkan sebagai suatu daya tarikan tersendiri. Banyak lelaki yang menyukai kemanjaan kekasihnya, kerana ia dapat membangkitkan sifat melindunginya.
Namun jangan kemanjaan tersebut KERTERLALUAN. Wanita yang terlalu manja seumpama anak kecil yang mengada-ngada. Paling teruk karenah wanita yang terlalu manja kelihatan buruk di depan umum. Pasti akan memalukan teman lelakinya.
2. TERLALU Sensitif
Wanita yang terlalu perasa atau sensitif akan membuat kekasihnya merasa tidak bebas untuk mengungkapkan perasaanya, kerana takut melukai hatinya. Padahal dalam hubungan cinta yang sihat kedua belah pihak seharusnya saling mengungkapkan perasaannya dengan bebas.
Kadangkala gurauan yang KERTERLALUAN dapat mengguris perasaan wanita yang terlalu sensitif sehingga pasangannya tiada mood untuk berlawak jenaka bagi menceriakan suasana.
3. TERLALU Mengongkong
Lelaki memerlukan kebebasan atau ruang untuk melakukan aktiviti yang disukainya, untuk menekuni apa yang dipelajarinya, untuk bergaul dengan teman-temannya dan untuk menjadi dirinya sendiri.
Jika wanita KERTERLALUAN mengongkong, mungkin untuk sementara pasangannya dapat bertahan atau memahaminya, namun tidak untuk jangka panjang. Dia akhirnya akan bosan dan berontak sehingga boleh menjejaskan hubungan.
4. TERLALU Memiliki
Tidak ada seorang pun yang betul-betul ingin dimiliki oleh orang lain. Tentu saja dia kekasih kamu, namun bukan milik peribadi kamu.
Jadi biarkan dia juga dimiliki oleh dirinya sendiri, oleh teman-temannya, oleh keluarganya dan oleh orang lain. Jangan KERTERLALUAN memiliki dan menguasai dirinya.
5. TERLALU Menuntut
Meskipun lelaki perlu dipacu semangatnya, namun terlalu menuntut bukanlah cara yang baik. Lelaki juga ada had kesabarannya dalam melayan karenah pasangannya yang KERTERLALUAN menuntut itu dan ini. Lama-kelamaan dia akan jadi bosan dan tidak lagi mahu menurut kehendak pasangannya.
TERLALU KERTERLALUANKAH dikau...
edit dan ubahsuai dari edirossa
17 comments:
kdg2..keterlaluan seorg lelaki adelah lebih 'bahaya' dr keterlaluan seorg prempuan..:)
Salam...:)
Dalam apa jua...kesederhanaan itu penting..berbanding keterlaluan yang terkdg bisa mengundang kekecewaan pada oranglain...
setuju sangat dengan Sis Kartinie tu...
Salam..
Bersifat sederhana dalam semua perkara itu adalah terbaik...
salam Aidil....
entri yang menarik..
ziarah anda..sudi ke blog saya juga
Itu pentingnya asas agama
Salam Nuraisyyah,
Kerana KETERLALUAN lelaki terletak pada kuasa dan kehebatan pimpinannya.
Salam Pn. Kartini'
KERTERLALUAN lah yang membuat kita lebih menyampah...
Salam Hazeleyed,
Kesederhanaan dalam kehidupan membuat diri kita lebih diHARGAI
Salam Abd Razak,
sederhana...itulah yang sebaik-baiknya..
Salam zulkbo,
terima kasih. InsyaAllah. tetap akan bertandang.
Salam Anuar,
Islam sudah cukup mengajarnya umatnya dalam semua segi.tk.
slm ukhwah & ziarah,
ada sesuatu yg menarik utk drenungkan.
sy stuju dgn pendapat pn kartini.
Salam Piewahid,
Renung merenungi itu penting, baiki kelemahan berikan kesempurnaan.
rasanya taklah keterlaluan... kesederhanaan lebih baik....
Salam...
Sebaik-baik pekara adalah pertengahan(sederhana).
Menyintai bukan bererti memiliki,
Memiliki bukan bermakna menakluki.
BIARPUN TERLAMBAT RESPON UNTUK:
ZAIJB: kesederhanaan merubah hidup lebih tenang dan bahagia.
SEKUNTUM MAWAR BERDURI:
Menakluki bukan menguasai tetapi lebih MEMAHAMI...
Post a Comment