Wednesday, March 10, 2010

Kalaulah LELAKI Tahu...


* Apabila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.


* Wanita sukar hendak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati apabila hubungan itu putus di tengah jalan).


* Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.


* Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.


* Apabila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan akan mengetahui berita tersebut.


* Selepas seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.


* Apabila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya (lelaki), kemudian barulah dirinya sendiri.



* Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!


* Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.


Ah... Kalaulah Lelaki Tahu...


Ubahsuai dari sumber: edirossa

24 comments:

Cikgu Chun said...

hhhmmmm.....betul ke ni sampai macam tu skali??

Abd Razak said...

Mungkin ada kebenarannya...cuma bersangka baik jer

piewahid said...

mmg xtahu... sbb rasanya pompuan lebih mahal daripada itu!

zaijb said...

setuju....
entry yg menarik....

Aidil Fadzil said...

salam Cikgu Cun:

Ya, gitulah agaknya

Aidil Fadzil said...

Salam Abd Razak:

kekadang kita tidak mengetahui apa yang diperlukan dari diri lelaki..

Aidil Fadzil said...

Salam Piewahid:

saja buat-buat mahal kot

Aidil Fadzil said...

salam zaijb:

memang kena setuju pun......

insan pendidik said...

salam,

alangkah indahnya kalaulah semudah itu...

Aidil Fadzil said...

Salam IP:

Namun sayangnya, tidak semudah yang disangka...kena banyak yang terkorban.

LotsOfLove-Pearls said...

Kalaulah lelaki tahu alangkah bahagianya..

Sangat bahagia kala dicintai dan disayangi..

maskoi said...

Sallam,
Itulah yang indahnya perempuan,suka memendam rasa..kalau lelaki pun sama macam perempuan apa jadi agaknya yea.
Semuga di rahmati Allah..selamat berkarya.

hazeleyed lady said...

Ass-salam
to man out there...
'know'and understand your woman...you will be be happier!

Miecyber @ Sudu said...

Oooo...camtu ker....

Aidil Fadzil said...

LOL: Sesungguhnya, lelaki sukar untuk lebih mengerti erti hati budi PEREMPUAN...terlalu sukar

Aidil Fadzil said...

Salam maskoi: Lelaki dan perempuan banyak bezanya...Lelaki sering memburu dan tergesa-gesa dalam memberi cinta...betul ke?

Aidil Fadzil said...

Salam Hazeleyed: moga-moga persefahaman yang ada dapat mengeratkan kasih sayang...moga berkekalan

Aidil Fadzil said...

salam Miecyber:

ya...tapi kena tanya perempuan la...

Nuraisyyah said...

hahahahaha..
nk tgelak bce entry ni..
tkene btg hdung..
hahha..nice entry..:)

aesthetic said...

lelaki x leh blah..prngai jht cm munyittt..(erk..certain laki jela)

atie said...

Salam Belaian Jiwa..

Mereka sebenarnya tahu tapi saja buat2 tak tau... salam ukhuwah

Aidil Fadzil said...

Salam Nuraisyyah,

moga lelaki-lelaki di luar sana lebih mengerti

Aidil Fadzil said...

salam asthetic:

lelaki itu tidak lagi mengetahui isi hati seorang WANITA disisinya..

Aidil Fadzil said...

Salam atie;

lelaki tidak tahu dan buat tidak tahu kerana sifat wanita itu sendiri.....