Wednesday, April 28, 2010

MENCARI ALIFF


Ketika menyaring dalam jaga mimpi

ada kekosongan dalam ruang tidak terisi

lalu tersentak dan jatuh berderai

terpinga-pinga mengenal diri

dalam kembara jalan menyusun benih murni


Ada suara menyeru kembali

tinggalkan kelekaan di dalam mengejar duniawi

masukkan diri dalam takhalli

mujahadah al-Nafs harus digali

membuang riak-riak yang bertahta di sanubari

kenalilah al-Hubb al-Ilahi

mentadbir nafsi

memakrifatkan dalam satu hati

mendengar kalimah suci

menebar kuntuman nurani

di cermin hakiki

jelas kekerdilan diri


Dan dalam raudhah pasti

berteleku mengsyariatkan janji

dengan dosa yang tidak pernah langsai

sering mengengkari

kerana ingin diazami

atas hidup dan mati ini

bersama Aliff disisi



14 comments:

Abd Razak said...

Salam..

"Dosa yang tak pernah langsai" - Harus ada usaha agar ianya terhapus sebelum kembali kelak..

piewahid said...

salam,
semoga hidup dan mati
kita sentiasa bersama Aliff disisi... amin!

Cik Amy Sensei said...

salam..


datang ke sini membaca tinta puisi darimu..

moga hati tenang selalu..

Pn Kartini said...

Salam...:)

Hidup dan Matiku hanya utkMu....
Moga sentiasa dlm keredhaanNya..Amin..

::Umiliya6677:: said...

salam cikgu...ermm banyak inmfo kat blog ni..berhenti membaca jap ya

penjejak maya said...

salam ziarah...

Nuraisyyah said...

sgt puitis la abg aidil..hehe..:)

Nuraisyyah said...

whai abe aidil..haha..jgn marh ea pgil cm 2..kihkih..arini nk bg abg award lg..sudi2 la dtg amek kat blog aisya..hehe..PEACEeee..!!! <3

Aidil Fadzil said...

Salam Abd Razak:

Moga dosa itu terus diampuni Allah

Aidil Fadzil said...

Salam Piewahid:

Hidup dan matiku hanya padaMU..Ya Allah

Aidil Fadzil said...

Salam Ci Amy:

InsyaAllah ketenangan pasti jadi milikmu...

Aidil Fadzil said...

Salam Pn Kartini:

Lafazlah dengan nama Tuhanmu...Berjanjilah dengan nama Tuhanmu... dan letakkanlah jiwamu dengan pegangan yg sebenarnya...Amin.

Aidil Fadzil said...

Salam Umiliya n Penjejak Maya:

Terima Kasih...kerana Ziarah mu mengukuhkan ukhwah ...

Aidil Fadzil said...

Salam Dik Nurasiyyah:

Moga Allah memberkatinya. Terima Kasih dik.