Tuesday, June 22, 2010

RUNTUHNYA TUGU KEGAGALAN

Bermusim lamanya

perjuangan untuk melepasi jerat jerat penderitaan

terbelenggu parah dalam kotak hati yang bernanah

bahangnya membakar

tertusuk sembilu

pedih ngilu bersama titisan air mata

kukendong kedukaan

kukira setiap detik yang menjengah

awan hitam yang berarak

daun daun yang keguguran

suara pungguk yang berhibaan

wangian kemboja di perkuburan

mengitari bagai kematian

satu satu satu

mendakap kegagalan

dipukul gelora musibah dalam bahtera pelayaran

tertunduk pada halaman qadak qadar Tuhan


Di sini aku sujud dan memohon keampunan

atas timbunan dosa lalu

kurawat kembali hati yang telah kering

kusirami jiwa dengan kuntuman-kuntuman kalam suci

kubasuhi dengan roh takwa

menggugurkan kelopak kelopak nafsu

mengalir nasuha dipenghujung waktu

memburu kemenangan abadi

mengubah keresahan kepada ketenangan

mengubah kekhilafan kepada kebenaran

mengubah perselisihan kepada kemaafan

mengubah kebencian kepada kerinduan

mengubah kejahilan kepada keimanan

dan

membina kesempurnaan

di atas runtuhan tugu kegagalan