Wednesday, March 10, 2010

Kalaulah LELAKI Tahu...


* Apabila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.


* Wanita sukar hendak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati apabila hubungan itu putus di tengah jalan).


* Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.


* Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.


* Apabila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan akan mengetahui berita tersebut.


* Selepas seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.


* Apabila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya (lelaki), kemudian barulah dirinya sendiri.



* Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!


* Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.


Ah... Kalaulah Lelaki Tahu...


Ubahsuai dari sumber: edirossa

Friday, March 5, 2010

Perempuan Di Matahatiku


Tiba-tiba terpacak aku di sini

meniti balam-balam gerimis

tatkala angin mengirimi salam

tatkala hujan mengembangkan kuntuman

tatkala malam mendesirkan harapan

mengalunkan seruling rindu

menemui titik sirna

dalam hidupku yang pernah rebah

dikaki sepatu seorang perempuan



Kini masih aku hadir

mengulangi deklarasi

di atas mimbar di lantai iman

menyilau sejarah yang pernah mungkir

membuih rahsia yang pernah terpendam

dalam kehangatan masa silam

yang pahitnya kurasa seorang



Tiba-tiba terpacak aku di sini

senyumanku masih harum

seorang perempuan di matahatiku

membaluti luka dulu

kelopak matanya digenggami air

setelah mahar kuberi

setelah ijab kulafaz

setelah jari manis dihiasi

mewangi ke pangkal hati

mengubati rawan seorang lelaki

menjunjung kemuliaan seorang khadijah

membasahi dahaga ketakwaan

sepanjang hayat