Rahsia Jadi AYAH Yang Berkesan
Jalankan tugas bapa dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Kenal pasti apakah tugas anda sebagai bapa dalam rumah tangga. Tunjukkan dan beritahu anak bahawa anda juga ada tugas dalam rumah tangga, disamping ibu mereka. Anda bukan hanya bertugas di luar. Sekali-sekala berikan mereka peluang untuk mengutarakan pandangan atau menegur anda jika terlupa atau terlalai melakukan tugas anda di rumah. Selalu memeriksa dan memantau apakah anda telah melaksanakan tugas di rumah. Bayangkan 'hadiah' atau 'anugerah' yang bakal didapati (sama ada di dunia atau akhirat) jika anda menjadi ayah cemerlang!
Sediakan suasana dan rasa selamat dalam rumah dengan memberikan respon yang positif setiap kali berlaku krisis dan permasalahan dalam rumah. Paling penting anda memberikan saraan yang cukup kepada mereka. Bapa tidak boleh menghalang berlakunya krisis, tetapi tindakan anda ketika berlaku krisis dan mengembalikan suasana normal, sebenarnya 'mengajar' anak menangani krisis. Jangan lupa doakan untuk anak selepas solat.
Beri peluang anak anda mengenali Allah dengan menunjukkan 'keimanan' dan amal harian anda yang selari dengan tuntutan agama. Bersolat bersama-sama dan jadi imam dalam solat lima waktu di rumah. Bawalah mereka bersama-sama menunaikan solat berjemaah di masjid. Selalu bercerita mengenai makhluk yang dicintai Allah di bumi dan langit.
Jadilah Seorang Ayah Yang Berkesan
11 comments:
Salam..
Kebijaksanaan dan kemampuan pada seorang ayah untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya.
sayala ayah, sylah ibu huhuu
jika seme ayah seperti ini....amanlah dunia ini!
t.kasih cikgu.
Salam...
Untuk menjadi seorang ayah yang baik dan di hormati perlulah seorang ayah itu mencontohi peribadi Rasulullah saw dalam mendidik anak-anak.
salam,
entri yg baik dan berkesan...rasa sebak pula membaca entri ni. moga yang jadi ayah tu dapat menjadi ayah yang berkesan dan merasai nikmat seorg ayah tu. walau hilang di mata di hati jangan.
Salam Abd Razak:
Memang sukar menjadi seorang AYAH, kekadang anak-anak la ni dikomennya balik.
Salam maiyah:
Ia lebih HEBAT dari seorang AYAH
Salam Sonata:
Ya...Harapan begitulah, SUKARnya!!!
Salam Abu Muaz:
Sama-sama
Salam Sekuntum Mawar Berduri:
Ya. Contohi Akhlak Rasulullah. MAMPUkah?
Salam Insan Pendidik:
Ya. Tiada yg bergelar AYAH, tiadalah kita semua di dunia ini.
assalammualaikum
kajian yang tidak boleh disangkal lagi ketepatannya
Salam, a kl citizen:
Ya, kemampuan seorang Ayah mesti seiring dgn kebijaksaan seorang IBU dalam memberi didikan.
Post a Comment