SEPI, MENYEPI dan KESEPIAN

Apakah yang anda akan lakukan apabila SEPI-SEPI begini? Tentu terkenang suka duka sepanjang perjalanan hidup ini. Yang manis biarlah ia terus kekal, yang pahit biar jua kekal namun jadikanlah ia sebagai cermin untuk dilihat kembali, apakah kepahitan itu boleh menjadi ubat untuk menyembuh dan merawat segala duka?
Apakah yang anda akan lakukan jika semua orang yang disayangi MENYEPI? Tentunya memendam rindu yang sarat. Rindu itu akan pecah dan melimpah apabila tahapnya tidak lagi mampu untuk menampungnya. Pasti deraian air matakan jatuh tanpa disedari. Apakah air mata itu mampu menjadi mutiara untuk menyukat segala rindu ?
Apakah yang anda lakukan tiba-tiba hidup ini terasa terlalu KESEPIAN? Tentunya rasa diri ini seolah-olah dipinggirkan dan tidak lagi dihargai. Adakah dengan mengambil sikap berdiam diri sedemikian, akan mengembalikan kesepian itu? Atau ketawa terbahak-bahak mengimbas kenangan lucu menjadi penawarnya?
Kesemuanya : SEPI, MENYEPI dan KESEPIAN adalah CITRA yang terindah untuk diharungi dan direnungi.
24 comments:
sepi dah sinonim ngan sy heheh.. mmg akan terkenang saat dolu2
Salam maiyah,
Biarlah sepi itu menguji erti ketabahan dan kecekalan kita untuk kita terus berjuang...kerana perjalanan kita masih panjang.
Salam...
Andaikata menyepi itu diibaratkan beruzlah, itulah sebaik-baiknya, iaitu menjauhkan diri untuk tidak bergaul dengan orang-orang yang menurut kaca mata agama dan akhlak adalah tidak baik untuk bergaul dengan mereka.
salam,
sbg insan biasa mmg tk lari dr kesepian...sepi merindu seseorg...apatah lg bila kenangan lalu terimbau di mata...redah je la kesepian tu...pasrah pada ketentuan dan bermunajat padaNya.
Salam Abd Razak,
beruzlah lah, semoga sepi itu akan mewujudkan ketenangan dan tentunya kerinduan pada Allah, tiada galang gantinya. InsyaAllah.
Salam IP,
itulah ubat (munajat) yg paling mujarab. Rindu itu amat mengasyikkan apatah lg bila kekadang sepi begitu menerpa datang.
salam,
sibukkan diri utk menghilangkan kerinduan... itu cara yg terbaik...
masa akan menentukan segalanya...
sepi, menyepi dan kesepian...himpunan perasaan seorang insan, merajuk diri, mengharap pengertian dan belaian
Salam Zaijb:
Ah...Rindu itukan datang jua..
Salam Myself:
Ribuan Terima kasih.
Hi..
Sepi, Menyepi, Kesepian..
Pernah ku lalui..
Ku tak bisa bersuara..
Hanya melayani sepi..
Ku turut menyepi,
Menghilang dari dunia realiti..
Terapung di awangan..
Sesungguhnya,
Kesepian itu menyakitkan..
Adakala amat menyakitkan..
dan aku tewas dalam dakapan airmata.
Salam...
Andainya kamu kesepian ketahuilah....Allah sentiasa bersamamu.
Salam LOL,
Ya begitu sakit dan menyakitkan...namun kadang-kadang seseorang itu perlu sepi dan menyepi.
salam Sekuntum Mawar Berduri:
Allah tetap bersam-sama dgn orang yg memohon keampuanan dan keredaaannya. Moga kesepian itumenjadikan diri kita lebih dekatdgnNya.
LAHIR SAJAK
Kala sunyi, sepi menyakitkan
Kala bosan, sepi membahagiakan
Kala khalwat, sepi menikmatkan
Tuan,ini anakku
lahir dari kala sepi.
mmg sy kesepian...bila dok kat umah...sbb umah sy tgh sawah...xda jiran..hu2....
Salam Nassury,
Ya, pelbagai rasa ketika sepi. namun sepi tetap menyenangkan...
Salam Kuronofu:
Lama tak bersawah, Rindunya..masa kecik lepas musim tuai padi...main wau. sekarang, sawah dah tak bersawah lagi....
Sepi itu indah..
Namun terkadang sepi itu jua bisa mencengkam perasaan...
Namun andai mendekatiNya..
Merintih ..Merayu padaNya...
Pasti di situ ada ketenangannya.......
salam saudara Aidil..
blog yang menarik..
saya follow saudara..
jemput singgah blog saya..
uhhwah islamiah..
Salam Pn. Kartini,
Sepi mengajar kita untuk merenungi dan muhasabah diri.Ke mana kita selepas ini?
Salam Zulkbo:
Terima kasih. Seringlah bertandang.
kadang2...sepi tetap mencengkam meskipun ada ramai disekeliling menemani..seakan rindu yg tak terluah..
Salam Zai,
kerana SEPI itu datang tanpa diundang dan pergi tanpa dipinta. Sepi mengcengkam kerana diri diulit keresahan. Redalah dengan kehadiran SEPI.
Post a Comment