Friday, December 25, 2009

HUJAN


Hujan


Ketika berdiri

dianjung langit sore

awan kelabu berarak

hujan gerimis datang merenjis

membasahi daun daun jendela

dan tempiasnya

menyentuh sanubari


Hujan terus mencurah

Sang kodok terus berlagu indah

mengiringi irama gundah

menyapa mimpi tiada yang sudah

dikepung rimba duka

disambar halilintar

membakar gelaktawa


Turunlah...

merejam bumi

yang kesakitan

tiada siapa pun tahu

aku kaku menunggu

di ruang-ruang kelam

melihat titisan titisan terakhir

melekat dipintu cermin

menahan sebak rindu

melepaskan keperitan ini

tersungkur dalam lumpur

melupaimu

8 comments:

maiyah said...

hujan mmg indah tatkala sdg melyn prasaan

Abd Razak said...

hujan yang turun...
bagaikan mutiara...

sonata anak kancil said...

hari ni pun medung - asyik nak hujan...

Tahniah atas kejayaan anakanda abang long & ayahndanya sekali!

Cikgu Jang .. said...

ni mesti merenung hujan ni sbb bosan x de benda nak buat...

MaizaC'Joe said...

salam..

Hujan... sejuknya..
salam ukhwah.. terima kasih singgh n folow blog maiza...

imanshah said...

saya pernah main kejar-kejar masa hujan..best

Aidil Fadzil said...

Salam Tahun Baru 2010 buat SEMUA:

Salam Maiyah: Hujan mengingatkan detik-detik yang meresahkan buat saya.

Salam Abd Razak: dan Mutiara itu harus dikutip untuk dibuat kalong pengharapan.

Salam Sonata: Terima Kasih. Moga Allah terus mempermudahkannya. Amin.

Salam Cikgu Jang: Ya dan kadangkala.

Salam Miaza: Salam Ukhwah. moga mendapat keberkatannya.

Salam Imanshah: Itu realitinya dan selagi tak mengigil takkan masuk rumah punya.

syahbandar87 said...

untuk kekasih hati keni cikgu.hehe