Saturday, July 25, 2009

Pertemuan Dengan-Mu


Rab
Pertemukanku dengan cinta tauhid-Mu
Pertahankan kalbuku dari dilukai
Pudarkan jalan kesesatan
Suluhiku lorong keimanan
permudahkanku merempuh seribu halangan

Rab

berikanku
Rasa kudus dan suci mengairi taman hati
Menyegar dan menyuburi
Kehausan dan kekeringan selama ini
Menjadi benteng kekuatan
Dari nafsu yang membuak
Satu kemenangan memeluk cinta-Mu

Rab
Pertemuan ini menyedarkan

di saat rohku kan terkulai layu
ampunkanlah daku
setelah sejuta dosa
mengelilingi hidup

Rab
biarlah air mata ini menjadi saksi
sebuah keinsafan
ditali gantung penuh misteri



11 comments:

LotsOfLove-Pearls said...

Salam Cikgu..
Nice sharing..
menginsafkan..

Happy weekend!

cikgu mas said...

salam cikgu

very nice poem..

walau mati ditali gantung
Dia bersedia menemui tuhan..
Dari mati di tilam empuk
tiada makna jika lupa padanya tuhan...

ZOOL@TOD said...

Andai ini takdirku,
Andai di sini akhirku,
Jangan Kau palingkan hati ini dari menginati Mu,
Jangan Kau biarkan diri ini di lembah kehinaan Mu,
Akhirilah hayat ini dengan kalimah

Lailahaillallah,
Muhammadurrasulullah.

sekuntum mawar berduri said...

salam
semuga Allah m'berikan anda cinta-Nya dan cinta org yg m'cintai-Nya dan reda kepada-Nya dlm segala usaha utk m'cari k'kuatan dan k'tenangan dlm hati.

zai said...

Orang yang Mati ditali gantung adalah lebih baik kerana mereka lebih bersedia ketika menghadapi kematian dan sempat bertaubat, tidak seperti kita yang tidak mengetahui bila nyawa akan dicabut.

izzah said...

salam ziarah kembali..
semoga Allah mengampunkan segala kesalahan kita..insan yang sangat lemah..

Aidil Fadzil said...

Salam Kembali buat:

LOL: tq. menjadi iktibar buat kita semua.

Cgu Mas: kekadang mereka punya hati yang lebih suci daripada kita.

Zool: Baik sekali. Mungkin itu rangkap terakhir.

SKuntum Mawar Bduri: Itulah yang sepatutnya. InsyaAllah ketenangan itu akan ditemui.

Zai: Kemungkinan.Alhamdullilah kita masih dilindungi oleh Allah.

Izzah: tq. Begitulah kita. Hamba Allah.

maiyah said...

salam.. semoga amalan kita kan diterima dan biarlah kehidupan berakhir dengan penuh keimanan.

nani said...

salam....

saja2 melawat....semoga menjadi guru yg berjaya dlm memikul amanah sebaiknya....

Pn Kartini said...

salam..
sEMPENA di bulan Ramadhan..Selamat Berpuasa..& semoga dilimpahi keberkatanNya..:)

P/s Maaf ..tdk memberi komen yg sepatutnya..mengenai kematian di tali gantung!!pe2..semoga kita sentiasa tanam keinsafan diri agar kita tahu diri kita siapa di sisiNya..:)

victoria said...

salam cikgu!!
Very nice poem, an interesting one as well

Cash Online Get Easy cash at your door step