Sunday, July 19, 2009

Belajar Atau Mengajar


Belajar dan Mengajar, satu pengertian yang cukup berbeza.

Semasa MENGAJAR aku tidak pernah beri peluang kepada pelajarku buat hal sendiri. Mesti tumpu. Mesti selesai kerja rumah yang diberi. Mesti skor A. Mesti ulangkaji. Jangan Malas. Tanya kalau tidak faham. Tiada alasan untuk gagal. Mesti sempurna.

NAMUN...tiba pula giliranku bergelar PELAJAR.

Tugasan berlambak, kena baca itu, kena baca ini, makin baca makin tidak faham. Nak buat sesuatu, buka laptop berjam-jam, hanya beberapa perkataan yang ditulis atau tidak ada langsung perkataan. Hairan aku. Masuk pula perpustakaan, tidak sempat nak baca. Hanya sekadar memilih-milih buku-buku. Itu pun rasa-rasa semuanya tidak sesuai. Masa terbuang begitu sahaja. Tugasan tidak sempat nak disiapkan.

KINI...baru aku sedar HEBATnya jadi PELAJAR:

Yang sentiasa ditindas gurunya

Yang sentiasa mengharap untuk dikasihani

Yang sentiasa menjadi peminta sedekah

Yang sentiasa disuruh untuk buat entah apa-apa

Yang sentiasa menYESkan semuanya

Dan ....

LA NI baru aku tahu HEBATnya jadi GURU!!!

9 comments:

sonata anak kancil said...

Berguru ke padang datar, dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi.

Maknanya: belajar hendaknya bersungguh, jangan sebaliknya!

Sape2 saje di dunia ni,sentiasa belajar!!!

Semoga gigih belajar...jadi cikgu pun kene belajar gak...

sekuntum mawar berduri said...

salam...

Jangan di renung letihnya usaha tetapi renunglah manisnya sebuah kejayaan yang menanti.

ZOOL@TOD said...

Guru yang baik,

Kata-katanya ilmu,
Marahnya nasihat.

a kl citizen said...

meminta pada yang berkuasa, bukan yang dikuasa

LotsOfLove-Pearls said...

Hye there...

memang betul ar..

Pelajar memanghebat..
hohoooo..
now bila dh keja, banyak benda dh xleh nak buat..
huhu..
thanks follow me but i cnt follow u ar..
xper..
i curik link u k..

kuIna LadyInRed said...

selamat tenghhari cikgu...

sy pun nak jadi student semula.. errrkkk nak muda kembali..

cikgu mas said...

cikgu salam ziarah..dr saya ke blog yg begitu hebat ini..

dalam diri pelajar,tabiat dan kelakuannya terlalu banyak ilmu kehidupan yg tak ada dalam sukatan pelajaran..saya banyak belajar dari pelajar..dalam mengajar saya juga belajar..

cikgu mas said...

cikgu salam ziarah..dr saya ke blog yg begitu hebat ini..

dalam diri pelajar,tabiat dan kelakuannya terlalu banyak ilmu kehidupan yg tak ada dalam sukatan pelajaran..saya banyak belajar dari pelajar..dalam mengajar saya juga belajar..

Aidil Fadzil said...

buat SAKancil: betul tu...semuanya kena belajar walau jadi apa sekali pun

buat SMBerduri: ah, tambah sikit..jangan peduli berjaya atau tidak, yang pentingnya proses untuk memperolehinya..

buat Zool: tak apalah, Marah tanda sayang kut.

buat AKCitizen: Semoga Allah terus memberkati perjalanan hidup ini.

buat LOL: tq. Itulah hebatnya seorang pelajar...asyik kena bulu je he he he

buat KLRed: Yeah..Teruskan. Betul rasa masa 17 tahun je.

buat CgMas: Tq. Itulah sebenarnya guru. Saya begitu juga. Merekalah yang sebenarnya memberi inspirasi untuk saya sambung belajar.