Saturday, July 11, 2009

Kembali Sibuk





Semester Baru dah bermula...Semestinya aku mula kembali sibuk dengan pelbagai tugasan yang telah pun diserahkan. Namun itu semua adalah rentetan sebuah kehidupan yang semestinya dipikul oleh seorang yang bergelar mahasiswa seperti aku. Mahasiswakah aku...atau mahasistua. Itu semua tidak penting, usia bukan penghalang untuk seseorang menuntut ilmu. Selagi hayat dikandung badan, selagi itulah ilmu harus dituntut. Pengorbanan sememangnya menuntut segala-galanya. Masa, tenaga, wang ringgit, kasih sayang, dan segala-galanya....BERJAYAKAH AKU MENGHADAPINYA?
Posted by Picasa

6 comments:

zai said...

Kak zai doakan kejayaan anda aidil.., insyaAllah anda akan berjaya dgb cemerlang, moga2 satu hari nanti boleh berkongsi ilmu krn ia juga sebahagian dari jihad..dan akan mendapat pahala yg berterusan selagi anak2 didik menerima dan menyampaikan pula ilmu tersebut kpd insan lain...satu kerjaya yg cukup mulia..

ZOOL@TOD said...

Saya doakan Aidil berjaya dalam pelajaran. Saya pernah "apply" biasiswa untuk melanjutkan pelajaran tapi kena "reject" sebab "proposal" kurang "power".

Insya-Allah saya akan cuba sekali lagi tahun depan.

sekuntum mawar berduri said...

salam...
semuga anta beroleh kejayaan yg cemerlang di dunia dan akhirat kerana barang siapa yg m'nempuh satu jln utk mencari ilmu...maka...Allah akan m'permudahkan baginya jln ke syurga.T'kasih kerana sudi m'ninggalkan komen di blog ana.

Aidil Fadzil said...

Zai
Salam...terima kasih semoga ilmu ini nanti diberkati oleh Allah.

zool
Salam,Terima kasih...Cadangan: HLP, pergi jumpa sendiri pegawai kat KPM. InsyaAllah dapat. Ramai yang telah berjaya, malahan ada kawan yang tidak cukup syarat pun berjaya kerana kesungguhan untuk belajar.

Sekuntum mawar..
salam, terima kasih, moga-moga ia menjadi inspirasi untuk terus belajar

kuIna said...

gud luck....

sonata anak kancil said...

selamat mengharungi alam belaja!!!semoga berjaya, tabahkan hati, harung semua dugaan , tempoh onak dan duri! he3x...terus belaja...

CARBONARA UNTUK OPAH

Judul:  Carbonara untuk Opah Pengarang:  Aidil Fadzil Kategori: Novel Kanak-kanak Harga: RM10.90 Penerbit:  Ana Muslim ...