Monday, June 22, 2009

Istimewa Buat Mereka Yang Bergelar Insani

Nafas Seorang Ayah



Seorang ayah itu jantung kesedaran yang mengempan
kekuatan
denyutan nafas membekal keharmonian
bagai rangkap lagu meniup keasyikkan
meresap dalam akal
mereda uraian pertelingkahan
empang kesabaran

Seorang ayah itu limpa kehidupan yang mencaturkan
kemanusiaan
mengembali semangat kelunturan
menyelami gurindam menghargai budaya
bertahan dalam nafas keinsanan
dialiri kapilari kekuatan
mengatur diri dalam hayat plasma
injap ketulusan

Seorang ayah itu hempedu peradaban yang mencerna
kebenaran
enzim yang menghidrolisis ketakwaan
ubat penawar pemberi kesihatan
menghanyut nafsu nafsi
merembes iltizam walau sukar mengukir hakikat
lautan iktikaf

Seorang ayah itu hati keakraban yang menemukan makna
perjuangan
detoksifikasi yang menukar kejahilan
wayang mendalang citra perwatakan
meraut muhasabah menyusuri diri
menjunjung budi umarak
menyirami sirah rasulullah



Tanpamu Ayah...Tiada Nafasnya seorang anak yang bernama aku...
Selamat Hari Bapa.

3 comments:

v said...

Selamat Hari Bapa juga kepada semua bapa2 di dunia. Termasuk bapaku yang kini di dunia lain. Al Fatihah ...

zai said...

Bertuahlah mana2 lelaki yg mampu menjadi bapa krn tak semua diberikan kurniaan ini..ada yg mencuba bertahun2 tetapi gagal..tetapi yg penting bukan kuantiti anak tetapi kualiti, semoga jadi bapa yg terbaik..

Aidil Fadzil said...

Buat lili11
Semoga Rohnya dicucuri rahmat Ilahi.Selamat datang ke blog saya.TQ

Buat Zai
Terima Kasih. InsyaAllah semoga anak-anaku mendoaiku semasa ketiadaanku nanti.

CARBONARA UNTUK OPAH

Judul:  Carbonara untuk Opah Pengarang:  Aidil Fadzil Kategori: Novel Kanak-kanak Harga: RM10.90 Penerbit:  Ana Muslim ...