Sunday, June 14, 2009

Keputusan Peperiksaan Semester

Alhamdulillah keputusan peperiksaan semester 1 telah keluar, biarpun banyak cabarannya namun ia cukup berbaloi buat diriku. Terima kasih buat Dr. Samsina Abd Rahman dan Prof Madya Lim Swee Tin yang tidak jemu-jemu memberi teguran dan tunjukajar. Paper yang diambil:

BBK5208 Struktur Analisis Puisi Melayu

BBK6401 Reka Bentuk Penyelidikan Kesusasteraan Melayu

Semua dapat A...Syukur sangat kepada Allah SWT

Pendaftaran semester baru akan bermula Jun ini. Untuk semester ini aku terpaksa bekerja lebih keras lagi. Mungkin paper ni aku kena ambil untuk mencukupkan 12 kredit.

BBK6201 Teori dan Falsafah Kesusasteraan

BBK6202 Filologi dan Kajian Manuskrip Melayu

SPS6999 Penyelidikan Doktor Falsafah (selagi tak selesai tesis kena la amik...)

SPS6903 Seminar ( Kena bentang proposal...InsyaAllah)

Yuran pengajian tidak perlu fikir lagi. Terima Kasih KPM. Yang pastinya menumpukan sepenuh perhatian terhadap subjek-subjek ini. Semoga Allah mengiringiku dengan jalan-jalan yang terang dan bersuluh menuju sebuah kejayaan walaupun di usia sebegini. Amin

2 comments:

sonata anak kancil said...

Tahniah...belajar bersungguh2 lagi untuk seterusnya....

a kl citizen said...

teruskan lagi perjalanan dengan usaha yang lebih lagi... jangan biarkan anak orang lain yang bergambar di dada akhbar lewat konvo kelak...