Tuesday, October 27, 2009

Satu Perjalanan SEJUTA PENGORBANAN

Satu Perjalanan SEJUTA Pengorbanan


Saban minggu berulang alik dari Pengkalan Chepa ke Serdang satu pengalaman yang cukup meletihkan dan memenatkan. Namun demi cita-cita dan sebuah perjuangan ia perlu diisi, perlu direalisasikan. Kesukaran dalam mengejar cita-cita adalah satu rentak yang mengubah rutin kehidupan. Anak-anak yang masih memerlukan kasih sayang dari seorang ayah perlu jua mengubah kosmogoni itu. Pengharapan yang paling besar tentunya ayah serahkan buat abang long, yang kini telah cuba mengerti dan memahami situasi ini. Terima kasih anakku. Moga suatu hari nanti kau jua bisa memperolehkan keberkatan dan kesabaran dalam pencarian segulung ilmu ini. Buat anak-anakku, tentunya keterlangsungan hidup ini, sebenarnya adalah sebuah ketirisan dan kesusahan sewaktu bergelar pelajar suatu waktu dulu. Kesusahan hidup sekeluarga menyebabkan cepat-cepat beralih arah untuk memperolehi pendapatan sendiri. Apatah lagi ketika zaman kemelesetan ekonomi ketika itu.


Keputusan dan atas desakan keluarga terpaksa tunduk untuk menerima dan memasukki maktab perguruan (MP Kota Bharu) walaupun berkesempatan tentunya untuk terlebih dahulu menduduki STPM dan sereterunya berpeluang cerah untuk menduduki tangga universiti. Namun dalam hati sering berjanji dan mengingati bahawa suatu masa nanti akan kujejaki jua gedung ilmu itu. Akhirnya aku dipostingkan di kawasan yang agak pedalaman di Terengganu, walau sukar sekali pun aku mengambil peperiksaan STPM secara persendirian. Aduh siapakah yang mahu mengajarku...jauh dari pusat bandar tentunya sukar untuk mendapat kejayaan ini. Tekad tetap ada, BEBERAPA kali mencuba akhirnya hasil cukup manis jua mendapat 5 prinspal dalam peperiksaan itu. Ya. Allah... lembah kesyukuran kupanjatkan. Ku diterima masuk ke USM melalui pengajian jarak jauh. USM kampus hijau cukup mendamaikan. Cukup indah. Cukup mengerti hasrat lelaki ini untuk mencintaimu. Perjalanan ilmu ini, cukup menyedarkan bahawa terlalu kurang ilmu disisiku. Ku hela nafas panjang-panjang dan dalam daif ku harungi liku-liku perjuangan seorang pelajar dan tidak lupa kerjaya seorang guru harus ku pikul dan kutambat dalam hatiku. Dua-dua serentak dan tentunya lagi memerlukan pengorbanan dan pemahaman seorang isteri. Terima kasih isteriku, walau ku tahu banyak hatimu terluka namun dengan kesabaran dan keinginan suami mendaki dan memilikki segulung ijazah kau reda. Akhirnya cita-cita dan impian itu direalisiasikan dengan kuntuman kejayaan.


Namun, semangat dan cita-cita jua keperitan itu mengiringi untuk sekali lagi berkorban memperolehi ijazah sarjana. Nekad daripada itu, UPSI adalah ibu kandung suluh budiman memberi titik cahaya menerangi kegelapan. Berjayakah aku.....Jua aku mohon pengertian buat anak-anak yang ayahmu masih dahagakan ilmu, masih cintakan ilmu, atau masih berdendam untuk melupakan kegagalan lalu....Pasti situasi sekeliling memandang satu pandangan yang berbeza buatku...Kata ibu...dahlah tu belajarnya...anak-anak pula memerlukan didikan dan asuhan...biar mereka teruskan cita-cita itu. Aku mohon ampun pada mak, pada ayah dan pada kakak yang ketika dulu sanggup berkorban dan mengeluarkan segala perbelanjaan untuk diriku...aku tidak berhenti di sini...ya..memang sukar terutama pengorbanan wang ringgit untuk diri dan perbelanjaan pengajiaan. Akhirnya setelah berhempas pulas, Ijazah Sarjana Pendidikan (M.Ed) telah kuperolehi..Alhamdulilah...Allah memudahkan segala perjalanan hidupku yang pada dasarnya kurasakan terlalu sukar untuk dimiliki....


Walaupun usia hampir menginjak ke 40, tekad dan semangat mahu menyambung ke peringkat PHD tidak pernah terpadam walau sekelumit pun. Yang penting mana nak ku cari duit lagi untuk menampung pengajianku.................menjadi perjalanan usia itu terbuang begitu...Ya....Allah telah mengabulkan doaku...tanpa persiapan apa-apa untuk menghadiri temuduga HLP aku berjaya memperolehi BIASISWA. Ku percaya bukan sedikit perbelanjaan yang harus ditanggungi oleh KPM. Allah Maha Besar, Allah Maha Agung, Allah Maha Kaya, Allah Maha Pengampun, Allah Maha Kasih, Allah Maha Mendengar, Allah Maha Mengetahui hasrat dan isi hati hambamu yang hina ini.


Dalam kedaifan itu dan KETERUJAAN yang amat sangat Universiti Putra Malaysia (UPM) menjadi destinasi arah untuk ku menimba, menggali, mempratikkannya dan melunasi segala hasrat dan cita-cita selama ini. Tiada gambaran dan pastinya air mata SEBAK mengiringiku sebaik sahaja aku menjejakkan kaki dan mendaftar sebagai salah seorang calon PHD di UPM...satu rahmat yang paling BESAR yang kuterima. Terima Kasih Allah, ku syukuri nikmatMu yang diberikan ini, mengabuli hasrat dan inspirasi ini.....





11 comments:

zaijb said...

tahniah cikgu...
teruskan cita2 ini... moga cikgu berjaya mengharungi nya dgn tabah.

Pn Kartini said...

Syukur..
Sesungguhnya niat itu baik.disusuli azam yg kental..segala cabaran diharungi dgn izin rahmatNya...syabas:):)
Semoga terus SUCCESS..:)

sekuntum mawar berduri said...

salam...
Begitu mencabar perjalanan anta di dalam mencari ilmu, semuga Allah merahmati dan memberkatinya.Kejayaan seorang lelaki pasti ada seorang wanita yang hebat di belakangnya.Kejujuran dan kasihsayang yang tulus pasti menjadi penawar segala kesulitan yang di hadapi.

Guru said...

assalammualaikum

selagi kita hendak, memang segala daya akan kita cuba kan...
itu memang lumrah alam

semoga sukses dan di permudahkan Allah

My self said...

Assalamualaikom..
Perjalanan memiliki ilmu ini memang sukar tapi amat manis bila dah dapat dan tak pernah puas-puas...membaca pengalaman cikgu seumpama membaca dairi sendiri..saya juga telah melaluinya dan kini kita sama-sama ingin memiliki PhD...bezanya saya wanita yang dah melewati usia 40an bersama suami yang kurang upaya..cikgu seorang lelaki yang boleh buat keputusan sendiridan masih muda. Apa yang pasti impian ini akan direalisasikan meskipun ada yang terpaksa berkorban demi impian kita

saharul said...

koi solute kat awok rodong...bukan senang nak belajar sambil bekerja. Apatah lagi berkeluarga....koi nok ngabiskan peringkat ijazah sarjana muda pun jenuh ...ni pulak nak sambung ke peringkat lebih tinggi..koi doakan awok berjaya, berjaya dan terus berjaya sokmo...

Maiyah said...

tahniah, moga terus mngorak lngkah

DIKTATOR_MEDIA said...

Salam ziarah cikgu, jemput ke blog ana & mohon tunjuk ajar. Sama2 kita lebarkan jaringan dakwah. Salam taaruf buat smua jiwa2 pendakwah. Di --> http://diktatormedia.blogspot.com/

eiza in the house.. said...

salam ziarah,
tahniah cikgu..moga berjaya nanti :)

zai said...

Salam Aidil..

Sebuah niat yang sangat murni..

Mudah2an segala2nya akan dipermudahkan dan semoga suatu masa kelak pengorbanan yang dilakukan mendapat balasan yg setimpal dengan usaha dan keringat dicurahkan..

Aidil Fadzil said...

salam buat semua...baru dapat jawab, ini kerana baru sahaja selesai menduduki Final Exam dan menyiapkan tugasan yang perlu dihantar segera.

Salam Zaijb:
Terima kasih. Ketabahan itulah yang mendasar hidup ini.

Salam Pn. Kartini: B
etul. Tapi...perlu satu kekuatan yang menunjanginya. terima kasih.

Salam Sekuntum Mawar Berduri:
Ya. Tanpa perempuan disisi tentu lemahnya usaha dan tiada erti hidup ini. terima kasih.

Salam akl citizen:
InsyaAllah. Kata-kata itu umpama matahari yang akan terus kekal. terima kasih.

Wassalam Umaira:
Apa-apa pun kita adalah sama-sama mengharungi matlamat ini. Ada kawan yang kata apa la kau cari kesusahan ini....kan dah tambah masalah tu...Ya. Allah teguhkan nekadku..Itulah kita...

Salam Cikgu Jang:
Terima kasih...muga kau jua mengecapi kemanisan itu. Cayalah.

Salam Maiyah: InsyAllah. Moga hidup ini ada kebaktiannya.

Salam Dikator Media: Terima Kasih ziarah blog ini. Jadilah generasi yang berwawasan dengan matlamat yang berkiblatkan kebenaran.

Salam eiza in the house:
Sama-sama berjaya.

Salam Zai: Jutaan terima kasih. Moga-moga kita sama dipermudahkan dalam apa cara kerja yang dilakukan.

CARBONARA UNTUK OPAH

Judul:  Carbonara untuk Opah Pengarang:  Aidil Fadzil Kategori: Novel Kanak-kanak Harga: RM10.90 Penerbit:  Ana Muslim ...