Masih Aku Menanti
(Buat suami yang ditinggalkan isteri)
Ketika musim itu
sebutir rindu membelai
melagukan irama suci
dan kita bertemu
dalam pintu hati
bersaksi jendela setia
lenanya mengulit mimpi
manisnya waktu bersama
yang tidak terpadam
biar berkurun lama
Tanpa kudrat aku berilusi
merenung lautan nan sepi
di danau kasihmu
melihat kau lari
dalam suram gerhana
tinggalkan teruji aku
menatap syahdu
mengunyah pedih
terasa tiada harga lagi
terpaku menunggu
jauh darimu
Aku semakin sebu
saratnya keberangkatan ini
tanpamu disisi
merintih sendiri
lalu kukucup sejenak potret janji
sebenarnya aku masih menanti
dan mahu kau tahu
kekuatan cinta mengatasi
utuh dan padu
tetap abadi
walau rohkan pergi
dari jasad ini
10 comments:
Salam
Semoga masih ada sinar harapan ..
assalammualaikum
gi lah pujuk...
perit gak menanti, sabar akan mengatasi segalanya :)
salam...
dengan segenggam janji dia pergi
meninggalkan dirimu ternanti mencari
dalam lena mimpi kau diuji
rahsia hanya Dia megetahui
Salam Pn. Kartini: sambung sikit
Semoga masih ada sinar harapan
penunjuk jalan
ke arah kebenaran
kerana kebuntuan itu
kan lurut terlerai
Salam a kl citizen:
memang kena pujuk ke?
Salam Maiyah:
Ya. Kesakitan dalam kesabaran ada nikmat yang tersembunyi
Salam Nazilyn:
Terima kasih. Boleh buat penyambungan puisi tu. kreatif dan idea yang segar.
Salam,
Allah itu Maha Mengetahui...
salam tuan umah,
terima kasih menjenguk....
berdoalah... ape yg berlaku pasti ada hikmah nya...
(pi lahh pujuk he.)
Salam Aidil....
Bumi mana yg tidak ditimpa hujan..
perselisihan pendapat adalah perlu utk memperbaiki hubungan kearah yg lebih baik...Masing2 kena belajar memaafkan..ok g la pujuk..
pujuk la...pompuan suka dipujuk. Kalau x buat salah x mungkin dia merajuk.
Salam Zai: Betul tu...sama-sama mengalah, sama-sama memaafkan
Salam Umaira, terima kasih, jenguk blog ni...
Salam semua...La ni duk study sikit, exam pada 30 Okt 2009
Post a Comment