Sunday, October 4, 2009

Pembentangan Proposal/Seminar


Gambar: Perasmian oleh Timbalan Dekan Siswazah UPM


Alhamdulilah, pembentangan proposal untuk pengesahan tajuk PHDku berjalan lancar semalam (3 Oktober 2009). Perasmian dilaksanakan oleh Timbalan Dekan Siswazah UPM yang berlangsung di Dewan Za’aba. Kesemua yang mendaftar untuk Seminar baik PHD dan Master dengan tesis dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi turut membentangkan hasil kerja mereka.



Pembentangan proposal ini melibatkan kesemua calon PHD dan Master di bawah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Seramai 12 calon PHD dan 9 calon Master untuk pengkhususan Bahasa Melayu. Kesusasteraan Melayu 2 PHD 8 Master. Bahasa.Inggeris 9 PHD, 3 Master, Kesust. Inggeris 1 PHD, 7 Master, Kesust. Cina 6 Master, Bahasa Arab 1 PHD, 7 Master, dan Jabatan Komunikasi 5 PHD dan 4 Master.


Pembentangan ini dibuat di bilik khas dengan hampir kesemua pensyarah turut serta untuk mendengar, memberi komen dan membuat kesimpulan jua pemberian markah untuk proposal tersebut. Peserta-peserta yang hadir turut boleh memberi pandangan dan bertanya mengenai pembentangan tersebut.


Alhamdulilah walaupun ini hanyalah pembentangan proposal tetapi darah gemuruh dan debaran untuk pembentangan ini hanya Allah sahaja yang tahu. Sebelum pembentangan lagi asyik-asyik nak ke tandas sahaja dan terasa nak tercabut sendi lututku. Hehehe..walaupun aku dah biasa bercakap kat Perhimpunan Sekolah rupanya lain betul bezanya.. Syukur sebenarnya kepada Allah walaupun terdapat beberapa komen dari Dr. Zariat dan Dr. Fazilah, namun komen-komen itu rasanya cukup membina dan menyedarkanku dalam sesuatu pernyataan yang ingin dibuat mestilah berlandaskan kepada fakta yang tepat dan keesahan. Mujurlah tajuk yang aku kemukakan tidak meimbulkan perdebatan yang hebat. WOW pembentangan untuk tesis master begitu lantang diperkatakan dan aku rasa kekuatan minda untuk menangani permasalahan itu perlu kuat walaupun komen-komen itu sebenarnya untuk memberi teguran, pembetulan dan pemahaman kepada calon-calon.


Selepas pembentangan lapang selapangnya hatiku. Ya Allah hanya padaMu ku lafazkan syukur dan Terima kasih. Jua aku ucapan jutaan terima kasih buat penyelia tesis PHDku Dr. Samsina yang selama ini dan sehari sebelum itu memberi teguran, pembetulan terhadap hasil proposal yang ingin dibentangkan.


Walaupun dah kurang sibuknya, aku masih belum menyiapkan satu tugasan lagi dan seterusnya menghadapi pula peperiksaan.

9 comments:

insan pendidik said...

Salam,

tahniah dah abis bentang proposal utk tajuk PHd. Bercakap depan ahli ilmiah ini tak sama macam kat sekolah. Apatah lagi mereka memang pakar bidang masing-masing...IP baru mohon master lambat lagi kalau nak buat PHd tu. Selamat berjaya...

Guru said...

assalammualaikum

membaca ntri ini sahaja dah terasa berdebarnya...apatah lagi waktu sedang menghadapinya ya...

Pn Kartini said...

Salam
Syukur..selesai satu cabaran..
Semoga terus success:)

Cikgu Chun said...

Takut pula nak sambung PhD selepas dengar macam ni...Yang paling takut masa nak viva lah. Dah lah sy ni tak reti statistik!. Apa2 pun tahniah kepada anda kerana telah lulus bahagian pertama.

ZOOL@TOD said...

Tahniah.

Maiyah said...

bila dah slesai jadi satu kepuasan nanti :)

Abd Razak said...

assalamualaikum...

tahniah...moga Allah permudahkan segala-galanya

Ahmad Zulfadhli Zulkefli said...

Syabas... =)

Aidil Fadzil said...

salam Buat Insan Pendidik: Itulah kekadang kita cakap tidak belandaskan fakta seolah-olah kita merapu je. Tahniah jua buat IP.

Walaikumussalam a kl citizen: Gitulah, kadang-kadang nampak senang je, tapi pabila giliran kita...kecut perut dibuatnya.

Salam Pn Kartini: Ia alhamdulillah, dah mula boleh meneruskan tajuk, tapi masih lagi panjang perjalanan tu.

Salam Cikgu Chun: Alhamdulilah. Mengapa nak ditakutkan...Itukan satu cabaran. Sahut ajelah. Kalau salah dia orang boleh betulkan...hehehehe nak sedapkan hati jee

Salam Zool: Terima Kasih.

Salam Maiyah: Ya. satu kepuasan usaha selama ini nampak ada hasilnya. walaupun pendakian itu masih jauh lagi.

Salam Abd Razak: InsyaAllah semoga doa itu dipermudahkan lagi.

Salam Putra Al Maliki: Terima Kasih. Moga perjuangan ini mendapat keredhaaNya.

CARBONARA UNTUK OPAH

Judul:  Carbonara untuk Opah Pengarang:  Aidil Fadzil Kategori: Novel Kanak-kanak Harga: RM10.90 Penerbit:  Ana Muslim ...