Keresahan terurai KEJAYAAN dirai
Pertama sekali TAHNIAH ayah titipkan buat abang long yang memperoleh 5A dalam keputusan UPSR. Tiada kata yang ayah lafazkan sebenarnya melainkan jutaan kesyukuran kepada Allah. Jua terima kasih buat tenaga pengajar, guru-guru SK Che Latiff (walaupun sekolah kampung tetapi telah melahirkan ramai ilmuwan) yang bertungkus lumus memberi didikan dan ajaran untuk abang long. Sebenarnya ayah tidak meletakkan sasaran yang cemerlang, kerana ayah tahu kemampuan abang long. Tambahan pula, kesibukan ayah jua dalam mengejar cita-cita. Ayah meletakkan kepercayaan kepada guru-guru dan abang long sendiri. Ayah hanya memberi sokongan dan motivasi serta mencabar abang long sebagai anak pertama dalam keluarga. Biarpun abang long bukanlah murid target di sekolah namun abang long telah MEMBUKTIKANNYA. Hasrat ayah mahu menjadikan abang long sebagai penggerak utama untuk adik-adik. Ayah telah katakan bahawa walau tidak memperolehi A sekali pun dalam UPSR ini tetapi ayah mahu melihat sikap dan sahsiah yang cemerlang. Perjalanan masih terlalu jauh…masih jauh dan perlu mendaki dengan lebih gigih. Doa dan selamat ayah iringi hidup abang long.
Semoga berkiblatkan akhlak Rasullulah, al-Quraan pegangan hidup, dan hanya ALLAH yang wajib kau sembah. Semoga Allah menyayangi anak-anak AYAH...
10 comments:
alhamdulillah, tahniah pd abg long, ni yg wat ayah snyum lebar.. mintaklah ayah hadiah :D
Tahniah buat abg long dan ayahandanya..:):)
Salam...:)
Syabas dan tahniah buat abg long...
Tahniah...
Salam...
Alhamdulillah, tahniah buat abg long semuga Allah sentiasa m'beri kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat utk abg long dan keluarga.
syabas dan tahniah dari kawan juge...moga dapat sekolah berasrama penuh....cerah masa depan..
salam,
tahniah atas kejayaan cemerlang itu. bapa borek anak rintik. moga kejayaan ini pemangkin ke arah kejayaan yang cemerlang lagi.
assalammualaikum
tahniah utk abg long,
utk emak abg long yang saban waktu pasti mendokan kejayaan anaknya
dan utk si ayah yang menjadi contoh dalam keluarga bahagia ini
Salam BUAT MAIYAH, PN KARTINI, ABD RAZAK, ZOOL,SEKUNTUN MAWAR BERDURI,CIKGU JANG, INSAN PENDIDIK DAN AKLCITIZEN:
Terima kasih-Terima Kasih. Terasa kenikmatannya jua, biasanya menyambut kejayaan dengan pelajar-pelajar yang berjaya. Ketika mula-mula posting dulu(masih bujang), ingat pesan HM, didiklah, ajarilah, budak-budak tu dengan seikhlas hati nanti suatu hari guru-guru yang mengajar anak sendiri nanti akan ajari anak kita seperti kita mengajar anak-anak orang lain. Ajarilah dengan keikhlasan tanpa mengharapkan balasan. Ya. Kini baru kusedari...terima kasih bekas HMku.
Tahniah, semoga kejayaan berterusan datang
Post a Comment