Saturday, September 5, 2009

MENUJU KESEMPURNAAN IBADAH PUASA




Al-Imam Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan batiniah puasa itu antara lain seperti berikut:


*Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh menggangu hati, serta melalaikannya daripada mengingati Allah SWT


* Memelihara lidah daripada bercakap-cakap yang kosong, bohong, mengumpat, membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan mengucapkan kata-kata ria.

* Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan.


* Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada membuat dosa, dan memeliharanya juga daripada segala yang dibenci.


* Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci oleh Allah SWT daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal.


* Hendaklah hati merasa bimbang antara takut dan harapan, kerana tiadalah diketahui apakah amalan puasa itu diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala, sehingga seseorang itu digolongkan ke dalam puak muqarrabin (hampir kepada Allah), ataupun puasanya tertolak, maka terhitung dia ke dalam golongan orang yang terjauh daripada rahmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala

SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARIPADANYA


10 comments:

cikgu mas said...

salam

moga kita bertemu lailatulqadar..

ZOOL@TOD said...

yang 2nd lst tu yang selalu kita tak buat. Pegi bazar Ramadhan beli makanan macam nak makan 10 orang, walhal 2 orang je.

Pn Kartini said...

Salam
walau semua tahu keberkatan bulan berpuasa..namun masih ada kata2 kosong maupun umpatan..susah agaknya yaa nak berpuasa mulut dr semua itu..

Semoga ibadah puasa kita sempurna..:)

maiyah said...

salam.. Insyaallah sentiasa mencari jalan kearah kesempurnaan

a kl citizen said...

assalammualaikum

-tazkirah... terima kasih.
harap-harap kita diberi peluang oleh Allah berjumpa Lailatul Qadr

syahbandar87 said...

wah hebatnye cikgu ngah sambung phd skrng..pasni kiranye leh naek pangkat jd guru besar la eh.hehe..kebanyakkan lec sy pun master jerk..ade la kdng2 je yg mengajar sy phD.papepun teruskan menuntut ilmu..selamat berpuasa cikgu
:)

memoribilia said...

Salam....smoga bjaya mndapatkan phD dan selamat berpuasa...

Buah lebat di dalam taman,hbs dijolok orang yang datang..

mungkin cikgu faham maksud ini..renungkanlah bangsa Melayu

Aidil Fadzil said...

Salam buat Cikgu Mas:
Insya Allah, pasti bertemu jua.

Salam untuk Zool:
Betul tu. Nafsu makan begitu kuat sekali. Mujurlah saya punya keluarga besar. hehehehe.

Salam Pn. Kartini:
Yalah. Susah nak tutup mulut orang.Biarkan, insyaAllah pahala dapat kat kita kut?

Salam Maiyah:
pabila menemui jalan kesempurnaan itu. Keindahannya hanya Allah yang tahu.

Salam kat a kl citizen:
Walaikumussalam, itulah yang kita harapkan. Moga dipertemukan.

Salam Syahbandar87:
TQ. Namun semangat dan usaha serta disiplin harus bercantum untuk mengejar kejayaan ini. Masa menentukannya.

Salam Memoribilia:
InsyaAllah, masih banyak lagi yang perlu dipelajari....PHD matlamatnya. Betul tu dik.

Razak said...

Salam sdra...

Terima kasih ziarah blog saya. Moga puasa yang kita jalani masa ni dpt mendidik kita menjadi insan yang bertaqwa...

memoribilia said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir & Batin. Berhati-hati semasa di jalan raya..

shahrulazrie.blogspot.com