( Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi )
Jam itu cuma berdetik satu kali. Kupandang jam
dinding itu. Baharu pukul 1.00 pagi.
Rutin biasa bagiku seorang pelajar dan sedikit waktu lagi akan
kutinggalkan status itu. Mungkin aku tidak
sesibuk ini. Tidak lagi bergelar pelajar sepanjang hidup. Aku bersengkang mata,
hanya untuk menyiapkan pembetulan tesisku. Ya, pembetulan tesis dengan pindaan
besar memerlukan penelitian semula setiap patah perkataan, setiap rajah, setiap
jadual, setiap halaman dan setiap
analisis yang ditulis.
Kurenungi, tesis setebal 507 muka surat itu. Ada rona-rona kehidupan didalamnya. Rona-rona
bagaimana seorang daif sepertiku berjuang untuk memperolehinya. Mengetepikan
rasa cinta dan sebuah dendam. Mengetepikan
sebuah rindu dan kehidupan dan memilih sebuah kekejaman untuk melestarikan
kehidupan. Ah.. Mengapa mahu sangat kudaki cita-cita ini. Tesis yang kurenung
ini punya jaluran jawapannya. Aku mahu memperbetulkan secepat mungkin, bukan sebuah
gelaran (Dr), tetapi ia sebuah maruah. Maruah
yang perlu kutebus dengan sebuah pengiktirafan. Oh...Sakitnya.
Ya...Allah, dalam derapan kesakitan langkah ini.
Pastinya aku tetap menitip rasa berjuta kesyukuran, rasa keharuan dan rasa keupayaan diri hanya digerak dengan
kehendak-Mu.
Kekuatan
diri yang hadir ini sebenarnya mampu mengubah satu sisi lain yang tidak pernah
kuimpikan.
Akhirnya, rasa resah, rasa bimbang, rasa sangsi dan pelbagai rasa telah menjadi sebati dalam diri. Dalam rasa-rasa itulah kuyakini bahawa rasa itulah yang membawa titik-titik perubahan dalam diri dan kehidupan. Membentuk dan mencantum kembali menjadi rasa utuh, rasa cekal, rasa yakin dan rasa tanggungjawab. Yakin keupayaan diri untuk mencermin detik-detik lalu. Kini tiba masanya tanggungjawab itu digalas dengan penuh keikhlasan. Ah, betapa sukarnya melalui denai-denai kehidupan ini...
Ku dengar suara-suara perangsang agar aku tidak
terkulai di sini...
Aidil...teruskan impianmu..
Aidil...teruskan
hasratmu...
Aidil..aturkan langkah selangkahmu...
Aidil...kau berhak untuk memperolehinya...
Dan atas perangsang dan rangsangan itu...aku
mengukir senyuman, bahawa dendamku terbayar pabila menatap... sebuah kemenangan...
STUDY DETAILS
|
||
Study Status
|
COMPLETED
|
|
No Of Registered Semester
|
8
|
|
Structure
|
With Thesis
|
|
Programme
|
Doctor Of Philosophy
|
|
Approved Field of Study
|
Malay Literature
|
|
Faculty
|
Faculty Of Modern
Languages And Communication
|
|
Advisors
|
Samsina Bt Abd Rahman
|
|
Ya...Allah...
Sesungguhnya Engkau tahu
bahawa hati ini telah berpadu, berhimpun dalam naungan sebuah cinta-Mu. Bertemu
dalam ketaatan, bersatu dalam perjuangan menegakkan syariat dalam kehidupan. Kuatkanlah
ikatannya, kekalkanlah cintanya, tunjukilah daku jalan-jalannya. Terangilah
dengan cahaya-Mu yang tidak pernah padam. Ya, Rabb! bimbinglah diri yang naif
ini. Lapangkanlah dadaku dengan kurnia iman dan indahnya tawakkal pada-Mu. Hidupkanlah
dengan makrifat-Mu, matikan dalam syahid di jalan-Mu..............Terima Kasih Ya,
Allah...
No comments:
Post a Comment