Kampus Hijau UPM
SEDANG asyik menyertai bengkel Analisis Data oleh Dr. Ting, tiba-tiba satu panggilan dari GSO mengetarkan perasaan yang selama ini kunanti. Ya, segalanya terjawab bahawa sesi yang kutunggu selama ini akhirnya terjawab. RINDU dan RESAH dan sedikit GETAR menjawab segalanya. Aduh...betapa tidak begitu lama saat penantian itu akhirnya tiba jua.
No
|
Category
|
Date approved by
The JKPS
|
Date Thesis sent
|
Date Reports
Received by SGS
|
1
|
Examiner Chairman
|
26-7-2011
|
27-2-2012
|
|
2
|
Internal Examiner 1
|
26-7-2011
|
27-2-2012
|
27-3-2012
|
3
|
Internal Examiner 2
|
26-7-2011
|
27-2-2012
|
15-6-2012
|
4
|
External Examiner 1
|
26-7-2011
|
27-2-2012
|
15-5-2012
|
YA...sejak penghantaran tesis pada 26.7.2011, yang banyak melakukan rombakan dan perubahan, akhirnya 27.2.2012 baharulah tesis itu dihantar untuk peperiksaan...Aduh lamakan...Kalau dihitung-hitung tarikh tesis itu siap (26.7.2011) dan tarikh vivanya pada 18.7.2012, memakan masa 1 TAHUN lamanya. Ini baru vivanya.....belum lagi proses pembetulan selepas ini.
NAMUN begitu, moga pembentangan viva voce ini menunjukkan satu langkah ke depan, biarpun nasib belum ditentukan. Harapan dan harapan itu sentiasa ada. Moga ruh dalam diri ini tetap kebal dan utuh dalam menghadapi cabaran ini. Hanya Allah SWT yang tahu gerak hati ini.
Moga sesi perbincangan dengan Prof Madya Dr Hj Samsina pada tarikh 17.7.2012 bisa menguatkan langkah SEMANGAT perjalananku ini. Moga RAHMAT limpah dari Ilahi memberi memberikan KEKUATAN.
Buat pembaca dan teman-teman doakan PERJALANAN kejayaanku. TERIMA KASIH.
1 comment:
[url=http://www.otherchanel.com][img]http://www.otherchanel.com/images/banners/chanel_handbags.jpg alt="www.otherchanel.com" title="www.otherchanel.com"[/img][/url]
http://pjzxiu.com/plus/view.php?aid=55253
http://www.jmykj.com/viewthread.php?tid=2768020&extra=
http://bandnipple.com/forum/topic.php?id=164182&replies=1#post-169019
Post a Comment