Aku melangkah keluar. Memandang lagi kampus segar ini. Dalam hati Allah SWT sahaja yang tahu.
Betul
ke keputusan ku ini? Aku masih sangsi dengan keputusan ku ini. Atau aku sahaja
mencari nahas mengutip kembali memori 20
tahun yang lalu. Pokok-pokok semerak
kuning yang bunganya bertaburan dijalanan seolah-olah tersenyum untukku. Masih sama.
“Engkau
dahulu memayungiku, meneduhkan dengan rimbunan daun-daunmu. Kini kau masih sama. Masih memberi bakti”.
“Ya,
Allah apa sudah jadi denganku, seolah-olah aku nampak diriku sendiri berjalan
dan bergelak ketawa. Berlari untuk bersenam pagi di depan Dewan Bakti. Berdiri
tegak menyanyikan lagu “Guru Malaysia ”. Wah,
bangganya aku, menjadi seorang guru. Nikmatnya tidak dapat diceritakan. Lamunan
aku terhenti seketika apabila aku disapa.
“Encik,
nak jumpa siapa?” seorang wanita sebaya denganku bertanya.
Anggapanku
bahawa wanita yang murah senyuman ini tentunya seorang kerani atau pembantu am.
“Saya
nak jumpa pengarah” jawabku, namun masih dalam keadaan yang terpinga-pinga.
“Oh,
nak jumpa pengarah. Bukan pintu ini.
Pintunya di sebelah depan sana .
Tetapi pengarah tidak ada hari ini”
“Jadi…”
“Tidak
apalah, encik masuk dahulu di pintu sana ”.
Aku
melangkah keluar. Malunya aku. Salah
pintu rupanya. Dahulu, aku paling takut
nak jumpa pengetua (pengarah). Salah
sedikit pasti ditegurnya. Semuanya penuh protokol. Ah,
ingatan datang menerjah tentang kelantangan Puan Hajah Rah. Seorang pengetua yang penuh dedikasi dan
tegas.
“Aku…kalau
lihat kelibatnya, tentu aku pusing ke arah lain”. Itu kata temanku Syah yang
seolah-olah satu fobia apabila bertemu dengannya.
“Eh,
apa nak ditakutkan. Puan Hajah Rah,
tidak makan oranglah. Aku rasa itulah
caranya nak disiplinkan guru pelatih macam kita ni,”. Kataku seolah-olah bersetuju dengan tindakan
beliau.
“Ikut
kau lah Dil, aku nak tengok setakat mana hebatnya kau” kata Syah sambil ketawa
yang dibuat-buat.
Aku
hanya diam. Berhenti.
“Ya,
nak jumpa siapa?” sekali lagi aku
diterpa dengan soalan yang sama.
“Pengarah”
jawabku ringkas sambil mengerling pintu yang tertera nama pengarah.
“Ada apa tu?”
“Saya
nak lapor diri” pantas dan ringkas jawapanku.
“Oh,
nak lapor diri. Pekerja baharulah ni”
Aku
hanya tersenyum. Tidak mampu lagi untuk
menjawab. Resah ada di mana-mana. Aku
tunjukkan Memo penempatan semula dari
Bahagian Sumber Manusia dan pengesahan daripada IPGM.
“Oh…jumpa
TP lah, pengarah tidak ada. Mari ikut
saya”.
Aku
hanya menurut dan masuk ke bilik TP dengan ukiran senyum. Senyum yang tentunya dibuat-buat. Tanda sebuah penghormatan. Aku menyalami dan menyerahkan beberapa
kepingan Memo kepada TP.
“Ini
hanya Memo sementara, tapi tidak apa.
Saya hanya catatkan di sini.” Kata TP sambil terus menandatangani dan
menulis tarikh di Memo tersebut dan membuat catatan “ ditempatkan di Jabatan
Pengajian Melayu”.
Seketika
kemudian TP mengajak ke pejabat pentadbiran.
Mengambil borang maklumat diri dan menyerahkan kembali kepadaku.
“Isi
borang ini kemudian hantar kepada KUP dan lepas ni boleh jumpa KJ JPM”.
“Tahu
tak, JPM? Jalan terus blok sebelah sana ”.
Sekali
aku hanya mengangguk. Mengiakan segala
kata-kata. Macam murid pra sekolah. Arahan kuterima. Aku keluar, namun aku sempat memandang
seorang wanita yang mula-mula kudatang tadi. Dia hanya tersenyum.
Suasana
agak sunyi. Seolah-olah hanya aku
seorang sahaja di sini. Aku memerhati
dan mencari JPM. Aku mengingati kembali blok-blok yang kulalui 20 tahun
lalu. Bloknya dan situasinya sungguh
berbeza. Apa tak bezanya, 20 tahun dahulu.
Kalau dah ada anak, tentunya dah jadi anak dara atau dah jadi isteri
orang. Aku menghitung masa dan mengira-ngira sambil mengingatinya.
Sambil
memandang, memerhati dan membaca papan-papan tanda. Tiba-tiba aku terjelepok di
dalam longkang. Fail yang kupegang dan borang maklumat diri jatuh bertaburan. Aku cepat-cepat bangun. Mujur tidak ada orang. Apasal pulak aku ni. Hish…buat malu je. Longkang
sebesar itu, boleh tidak nampak. Aku membetulkan kedudukan seluar yang agak
terlondeh. Mengemas dan merapikan kembali diri.
Aku
menaiki tangga ke tingkat atas. Tertera
dengan jelas tulisan “Jabatan Pengajian Melayu”. Aku menghampiri dan menguak
sedikit pintu.
“Assalamualaikum”. Tiada jawapan kerana jabatan ini tiada
orang. Aku keluar dan menunggu di luar.
“Eh,
Dr. Masuklah. Sekarang ni tiada
orang. Ramai pensyarah keluar pratikum”
jelas KJ dengan senyuman mesra. Seolah-olah kehadiranku sudah dimaklumkan.
Aku
juga turut tersenyum. Panggilan Dr . ,
kutelan dalam hati dan mengaminkan segala harapan dan doa itu. Moga-moga viva voce kunanti berjalan lancar.
“Selamat
datang dan selamat menjadi warga kampus JPM”. Ucapnya. Aku hanya tersenyum, tidak mampu untuk
bersuara. Setelah diberi sedikit taklimat, aku menyalami beberapa pensyarah
yang baru muncul.
Hahah…nanti
kusambung lagi…
2 comments:
Wah...teruja sungguh rasanya dapat bertugas di tempat yang sama ditauliahkan jadi gurukan Dr. Fadzil...tahniah....catatan ni betul-betul menggamit memori....
Begitulah...takdir yang mengaturi hidup ini...moga-moga ia membawa suatu keberkatan dalam kehidupan ini..
Post a Comment