L
LETIH...setiap hari menghadap laptop. Mengetuk dan menyiapkan. Membaca buku-buku yang berselerakan, artikel-artikel yang bertaburan dan mengunjungi perpustakaan sebagai media perantaraan. Mendapatkan bahan dan menganalisis. Ah....
MELETIHKAN...apabila sepanjang hari, mengedit dan memperbetulkan...namun masih banyak terdapat kekurangan. Bagaikan sia-sia. Mengejar dan berlari, memohon segala simpati...masih adakah?
KELETIHAN...Lenaku sering terjaga, igauan dan ingatan, yang masih lagi tertangguh...tertangguh...dan tertangguh...tidurku, mimpiku, makanku, minumku hanya mengingatkanmu...KERANA aku perlu berjuang bermati-matian untuk menyelesaikan tesis Phdku yang akan tamat pada Disember ini....Berjayakah AKU...
2 comments:
InsyaAllah..
bila ada kesungguhannya....ada hasilnya nanti
Semoga dipermudahkanNya jua..:)
Salam Pn Kartini: TKasih kerana masih sudi bertandang...Moga Allah permudahkannya...amin
Post a Comment