USM, Minden, ku datang lagi setelah hampir 10 tahun meninggalkanmu. Banyak sekali perubahan terbina dari dalam laman indahmu. Syabas menjadi universiti Apex yang memaksa segala tenaga pengajar dan pelajarmu bertungkus lumus untuk memastikan kau tetap dipersada teratas negara. Pencapaian cemerlang memertabatkan dirimu. Masih ingat betapa sukarnya untuk memperoleh A dalam setiap subjek yang di ambil, pencapaian C sudah cukup memberi kepuasan ketika itu. Ketelitian pada setiap markah itulah aku hampir-hampir tewas dipersadamu.
Prof Madya Dr Hjh Samsina Abd Rahman: Universiti Putra Malaysia
Prof Madya Dr Rahimin Affandi: Universiti Malaya
Prof Madya Dr Sohaimi Abd Aziz: Universiti Sains Malaysia
Kini kehadiran ku atas ajakan penyelia tesis, Prof Madya Dr Hajah Samsina Abd Rahman untuk bersama-sama sebagai pembentang membuatkanku lebih teruja dan berbangga. Apatah lagi seminar ini mempunyai kaitan yang besar dalam proses penyiapan tesis Phdku. Menghadiri seminar sebesar ini (Seminar Kebangsaan Alam Dalam Kesusasteraan-16 hingga 17 Julai 2010) yang turut disertai peserta-peserta dari Indonesia, Brunei, Thailand dan juga Singapura menjadikan diri begitu kerdil dalam pentas ini. Sebanyak 61 kertas kerja dibentangkan. Alhamdulilah pembentangan yang dilakukan berjalan dengan lancar dan baik.
Dr Membunga @ Siti Meriam Yaacob: Universiti Sains Malaysia
Prof Madya Dr Noriah Taslim: Universiti Brunei Darul Salam
Prof Madya Dr Ho Abdullah: Universiti Kebangsaan Malaysia
Pertemuan dengan pensyarah USM seperti:
Dr. Sakinah Abu Bakar seorang yang prihatin memberikan semangat dan ruang untuk pengisian di depan hari. Banyak memberi sokongan dan dorongan untuk mengejar dan menghambat cita-cita walau di usia yang matang ini. Berkisar cerita peribadi sendiri mencapai tahap sebegitu adalah lahir dari jiwa dan kesungguhan. Terima Kasih Dr.
Dr Membunga@Meriam Yaakob, bekas pensyarah turut memberi inspirasi dan kekuatan dalam menyiapkan segala tugasan dan harapan yang disandarkan. Masih bersemangat dan berbincang hal-hal akademik. Sukarnya memperolehi Phd, namun manisnya tetap mekar untuk dikenang sepanjang hayat.
Pn Kartini Anwar : Universiti Teknologi Nanyang Singapura
Dr. Haji Morsidi Haji Muhammad: Universiti Brunei Darussalam
Dan kesempatan bertegur sapa dengan Profesor-profesor, pensyarah-pensyarah, dan pelajar-pelajar membuatkan seminar ini lebih bererti dari segalanya.
Buat Penyelia Tesisku Prof Madya Dr. Hjh Samsina Abd Rahman (UPM), terima kasih kulaungkan atas bantuan dan kesabaran melayan keranahku serta semangat dan tunjukajar akan kubuktikan suatu hari nanti. InsyaAllah.
Penulis: Universiti Putra Malaysia
dan...Terima kasih buat urusetia seminar dan Dr Rahimah A. Hamid yang cukup berjaya dalam menganjur seminar ini...
dan kini HADIRku di sini...Cuma ini..
6 comments:
saya lagilah terasa kerdil bila membaca entri ini...
semoga semuanya dimudahkan
terbaru dari saya : jangan terlalu membenci nanti jadi suka satu hari nanti
Salam..
Moga sihat hendaknya..
Didoakan semoga awak berjaya..
salam,
tuntutan ilmu tak mengenal usia..
p/s: dah 15 tahun meninggalkan USM..
a kl citizen: InsyaAllah, selalunya gerak hati ikhlas akan memperolehi kejayaan...tkasih
Abd Razak:
Terima Kasih, alhamdulilah masih mampu menghirup kedamaian alam ini.
PMaya: Betul, carilah ilmu itu...bukan di Universiti shaja...disekeliling pun ada ilmunya.
Post a Comment