Sunday, February 8, 2009

Mengejar Impian Memburu Cita-Cita: Dari Pengkalan Chepa ke Serdang

Satu detik yang tidak akan aku lupakan dalam sejarah hidupku. Permohonan untuk mendapatkan tajaan pengajian termakbul. Terima Kasih Kem. Pelajaran Malaysia. 22 Disember satu tarikh bersejarah. Aku melapor diri di UPM sebagai calon PHD. Nikmat syukur kulimpahkan. Tiada tergambar dengan kata-kata.

Namun di situ, aku terpikul sebenarnya, membawa harapan, matlamat dan visi KPM untuk menjana sebuah organisasi terbaik dunia. Segala tidurku digegar mimpi. Segala angan-anganku diusik igauan. Dari puluhan mungkin ribu yang memohon untuk mendapatkan tajaan aku terpilih. Syukur nikmat kepada Allah SWT.

Aku susuri dari Pengkalan Chepa ke Serdang. Berbekal matlamat juang yang semangatnya hampir lebur ditimbusi angan dan sedar. Aku percaya rezeki ada di mana-mana. Yang perlu kini aku harus berusaha untuk mengejar impian itu dan memburu sebuah cita-cita.

Sesekali pun aku berjanji tidak akan tewas dalam situasi ini. Cabaran ini adalah amanah dan pengorbanan buat isteri dan anak-anak. Terpikul dibahu mereka segala bebanan. Terpikul dibahuku segala retetan catatan untuk dikoleksikan.

Salam sayang

Detik Bertemu II


Detik bertemu
Terasa pedih ngilu
Untuk kenang peristiwa lalu
Rasa bagai sembilu
Yang semakin sendu
Yang semakin kelu

Dulu pernah ditaburi janji rindu
Kau dan aku tidak mungkin dipisah waktu
Namun kau tinggalkan diriku
Sedih, pilu, terharu
Menghadapi cabaran berliku
Seorang diri tanpa arah tuju
Lalu kutanyai mengapa berlaku?
Namun ringkas jawapan kau:
Kad undangan mendatangiku
Tertera indah nama kau
Bersama lelaki lain…bukanku

Detik bertemu
Luluh hatiku
Hancur jiwaku
Gelap perasaanku
Hanya mampu kuberdoa
Pada Mu Ya Allah:
“Ya, Allah… bahagiakan mereka
Berikan Nur Kasih dari titisan syurga
Suburkan ikatan suci dari lafaz yang dahaga
Eratkan kasih sayang dari sinar mata
Kekalkan bahagia mereka dari istana cinta yang dibina
DAN…lahirkan zuriat dari benih kasih yang sempurna”
Doakanku…
“moga-moga dendam dulu berlalu
Menjadi penawar rindu
Biar kekal selalu
Menjadi SAHABAT seteguh dulu
Sepanjang akhir waktu…”

Amin…Ya Rabbal Alamin

Sunday, February 1, 2009

Posted by Picasa

Memartabatkan Profesyen Perguruan: Satu Impian

Ramai yang sangsi. Seorang guru cabuk sepertiku mendapat tajaan. Seorang guru sekolah rendah, yang tiada apa-apa pun kelebihan(mungkin pandangan orang) memperolehnya. Mungkin panel penemuduga merasakan, perlunya di beri peluang seorang guru sepertiku memperolehi PHD. Seorang guru yang masih bertatih memcari definisi dan makna dalam kehidupan. Harus diberi peluang. Terima Kasih Panel Penemuduga, walaupun pada dasarnya aku hanya calon rayuan untuk Hadiah Latihan Persekutuan yang ditawarkan.TERIMA KASIH.

Katanya, dunia hari ini memerlukan guru-guru berpendidikan tinggi. Guru-guru sekolah rendah harus diberi peluang sama rata untuk merebutnya. Dunia barat telah lama menyaksikan bahawa guru bermula dari pra sekolah, guru-gurunya memperolehi Ijazah sarjana dan PHD. Katanya, untuk memartabatkan pofesion ini harus bermula dari sekarang. Mengorak langkah tentukan impian….

Sunday, January 25, 2009

Ayat-ayat Cinta

Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisah ku di antara cinta yang rumit

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

reff:
Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

repeat reff

Ketika ku bersujud

Wednesday, January 14, 2009

Detik Pertemuan

seketika kita dipertemukan
dalam arah tuju sama
menuju alam kebahagiaan
menyulam kasih
menganyam budi
dalam sedar mengutip senyuman

detik temu ini
sesuatu yang sukar
untuk diucap
untuk dilafaz
setelah rindu dipisah waktu

detik temu ini
sesuatu yang berharga
untuk nilai kembali
sejarah sendu silam menusuk hati
tertusuk duri

detik temu ini
biar takdir tentukan
segala perit ini
jadikan teladan
kau dan aku...
tak mungkin bersatu

CARBONARA UNTUK OPAH

Judul:  Carbonara untuk Opah Pengarang:  Aidil Fadzil Kategori: Novel Kanak-kanak Harga: RM10.90 Penerbit:  Ana Muslim ...