Thursday, July 21, 2011

7 KALIMAT DIAM




DIAM mengandungi 7,000 kebaikan YANG tersimpul dalam 7 kALIMAT, yang setiap satu kalimat mengandungi SERIBU kebaikan:

1. Diam itu IBADAT tanpa susah payah
2. Diam itu PERHIASAN tanpa BERKIAS
3. Diam itu KEHEBATAN tanpa kerajaan
4. Diam itu BENTENG tanpa pagar
5. Diam itu KEKAYAAN tanpa minta maaf kepada orang
6. Diam itu ISTIRAHAT bagi kedua malaikat pencatat amal
7. Diam itu PENUTUP segala aib @ Diam itu KEINDAHAN bagi
orang alim dan penutup bagi yang bodoh.

NILAI-NILAIkanlah...

Monday, May 23, 2011

6 Saat Menilai Cinta




Saat 1: Lupakan Masa Lalu

Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.

Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.

Saat 2: Temui Ramai Orang

Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.

Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.

Saat 3: Ubah Penampilan

Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.

Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.

Saat 4: Jangan Terburu-buru

Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.

Saat 5: Jangan Terlalu Memilih

Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.

Saat 6. Buat Keputusan

Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.

Thursday, May 19, 2011

HILANGKAN 5 TANAMKAN 5 :






Jangan kamu duduk disamping orang yang berilmu, kecuali ianya mengajak kamu menghilangkan LIMA perkara dan menanam LIMA perkara :


1] menghilangkan RAGU menanamkan YAKIN
2] menghilangkan RIYA' menanamkan IKHLAS
3] menghilangkan CINTA DUNIA menanamkan ZUHUD
4] menghilangkan SOMBONG menanamkan RENDAH DIRI
5] menghilangkan PERMUSUHAN menanamkan PERSAHABATAN

Saturday, May 14, 2011

...1 daripada 2 Jurnal...

Alhamdulilah, 1 daripada 2 jurnal yang mesti diterbitkan sebelum sesi viva telah disiarkan. Perlu 1 jurnal la lagi. Itu adalah salah satu syarat UPM untuk seseorang calon pelajar PhD bergraduat. Apa pun perlu komited terhadap tugasan esei yang masih lagi dalam proses penyemakan terakhir sebelum sesi viva. ....

Di sini, disertakan abstrak tentang artikel yang bertajuk: "The Signification of Flora in the Poems of Zurinah Hassan, According to the Malay Theory of Methodology "

Abstract Flora is God’s unique creation. According to the Qur’an, its life processes and beauty maintain the right balance and prove the power of Allah SWT. However, for a poet, observing and studying nature becomes more interesting when viewed through analogy or metaphor and through interpretation and meaning. In this study, the signification of flora in five collections of poems by Zurinah Hasan, Sesayup Jalan (1974), Di Sini Tiada Perhentian (1977), Keberangkatan (1985), Pujangga Tidak Bernama (1994), and Kumpulan Puisi Salasilah (2005), will be examined. Signification and thought are found in all aspects of life. Flora can be classified as jungle or rice plants, and as trees and branches, flowers and fruits. These explain phenomena that represent human life such as poverty, character, behaviour, love, femininity, national identity, politics, leadership, and the strength and resilience of the will to live, centred around life in the past and present, as well as historical remains. The analysis in this paper is done using the Malay Theory of Methodology, which places importance on goodness and usefulness, justice in society, beauty in art, symbols (signs) and their meaning, and, most importantly, increasing one’s love for and belief in Allah.

Keywords Flora, Malay Methodology, Premonition, Functional, Animism, Connotation, Figurative, Analogy, Introspection, Ideology.

Journal of Malay Literature, Volume 23 Number 2 December 2010

...semoga mendapat manfaatnya...

Monday, May 9, 2011

5 RACUN 5 PENAWAR

1. DUNIA ITU ADALAH RACUN DAN AKHIRAT ITULAH PENAWARNYA

#LANTAS janganlah bimbang kalau anda tidak mendapat kemewahan atau kesenangan di dunia kerana sesungguhnya anda terhindar daripada KERACUNAN

2. KATA-KATA YANG SIA-SIA ITU ADALAH RACUN, MAKA ZIKRULLAH ITULAH UBATNYA

#LANTAS jangan banyak bercakap yang sia-sia kerana sebenarnya anda telah meracuni diri anda sendiri

3. HARTA ITU ADALAH RACUN, MAKA ZAKAT ITULAH PENAWARNYA

#LANTAS kalau anda mempunyai harta yang melimpah ruah atau berlebihan dari keperluan maka segeralah dibasuhi kerana jika tidak KOTORAN itu akan makin banyak dan menjadi daki dan jika daki itu kian banyak akan menjadi racun yang merosakan diri anda.

4. UMUR ITU ADALAH RACUN, KETAATAN ITULAH UBATNYA

#LANTAS jika umur kita sentiasa diisi dengan KETAATAN kepada Allah, maka sebenarnya anda sedang mengekalkan kesihatan anda.

5. BULAN-BULAN ITU ADALAH RACUN, RAMADHAN ITULAH UBATNYA

#LANTAS puasalah di bulan RAMADHAN

Wednesday, April 6, 2011

LETIH, MELETIHKAN dan KELETIHAN

L


(Zzzzzzz....Zzzzzzz...)


LETIH, MELETIHKAN dan KELETIHAN...itulah ungkapan yang hadir dalam setiap rencah kehidupanku....Ahhhh...haruskan perjuangan yang kudambakan selama ini berkubur atas alasan yang meremehkan....lucukan...aku harus akur di atas perjanjian yang ditetapkan buatku. Akur dan akur...bangun dan lihat kembali cermin diri....seraut wajah yang yang kepucatan namun masih mampu tersenyum...


LETIH...setiap hari menghadap laptop. Mengetuk dan menyiapkan. Membaca buku-buku yang berselerakan, artikel-artikel yang bertaburan dan mengunjungi perpustakaan sebagai media perantaraan. Mendapatkan bahan dan menganalisis. Ah....


MELETIHKAN...apabila sepanjang hari, mengedit dan memperbetulkan...namun masih banyak terdapat kekurangan. Bagaikan sia-sia. Mengejar dan berlari, memohon segala simpati...masih adakah?


(Beginilah agaknya...)


KELETIHAN...Lenaku sering terjaga, igauan dan ingatan, yang masih lagi tertangguh...tertangguh...dan tertangguh...tidurku, mimpiku, makanku, minumku hanya mengingatkanmu...KERANA aku perlu berjuang bermati-matian untuk menyelesaikan tesis Phdku yang akan tamat pada Disember ini....Berjayakah AKU...



Saturday, March 26, 2011

Betalah Puteri Saadong Itu

(Sekadar Hiasan)

Betalah Puteri Saadong Itu

(Inspirasi untuk Wanita –Wanita Kelantan )


Betalah Puteri Saadong berbusana indah

berbaju bersulam halus permata manikam sipi terbelah

menghiasi diri di Gunung Chinta Wangsa dengan megah

sehingga digelar Puteri Wijaya Mala yang berhemah

kesayangan bonda Cik Siti Wan Kembang disembah

menghadiahi kijang teman sepermainan agar tidak gundah


Betalah Puteri Saadong yang mencatat sejarah

paras wajah bak purnama penuh

hingga pungguk Maharaja Siam, Raja Ligor tergoda parah

memaksa menyerang membawa padah

panglima perang Phraya Deco mencari helah

memaksa beta hingga rebah

tersungkur dan berdarah


Betalah Puteri Saadong yang menggalas sengsara

sanggup ke Siam meredakan luka

mengamankan sengketa

Tanah Serendah Sekebun Bunga mengharapkan beta

menjadi pendinding di setiap rasa

menjadi gelegar langit kuasa


Betalah Puteri Saadong yang menumpahkan setia

Raja Abdullah tetap disukmajiwa

terbukti Ligor tidak boleh mendekati dan merasa

tulah terkena merata-rata

pedih sekali azab sengsara

penawar pembasuh kaki beta cuma


Betalah Puteri Saadong yang tercalar hati sanubari

Raja Abdullah memungkiri janji

mengkhianati dan mengahwini lagi

apatah meragui kesucian isteri

cucuk sanggul alamat pemberi

mencatat keramat tertusuk suami

bukan dendam dan irihati

mempertahankan hak dan maruah diri

agar tidak dicalari

sesenang hati



CARBONARA UNTUK OPAH

Judul:  Carbonara untuk Opah Pengarang:  Aidil Fadzil Kategori: Novel Kanak-kanak Harga: RM10.90 Penerbit:  Ana Muslim ...