Tuesday, April 6, 2010

5 TERLALU dan KERTERLALUAN

(Sekadar hiasan cuma...)



1. TERLALU Manja


Sifat manja wanita sering dikaitkan sebagai suatu daya tarikan tersendiri. Banyak lelaki yang menyukai kemanjaan kekasihnya, kerana ia dapat membangkitkan sifat melindunginya.

Namun jangan kemanjaan tersebut KERTERLALUAN. Wanita yang terlalu manja seumpama anak kecil yang mengada-ngada. Paling teruk karenah wanita yang terlalu manja kelihatan buruk di depan umum. Pasti akan memalukan teman lelakinya.


2. TERLALU Sensitif


Wanita yang terlalu perasa atau sensitif akan membuat kekasihnya merasa tidak bebas untuk mengungkapkan perasaanya, kerana takut melukai hatinya. Padahal dalam hubungan cinta yang sihat kedua belah pihak seharusnya saling mengungkapkan perasaannya dengan bebas.

Kadangkala gurauan yang KERTERLALUAN dapat mengguris perasaan wanita yang terlalu sensitif sehingga pasangannya tiada mood untuk berlawak jenaka bagi menceriakan suasana.


3. TERLALU Mengongkong


Lelaki memerlukan kebebasan atau ruang untuk melakukan aktiviti yang disukainya, untuk menekuni apa yang dipelajarinya, untuk bergaul dengan teman-temannya dan untuk menjadi dirinya sendiri.

Jika wanita KERTERLALUAN mengongkong, mungkin untuk sementara pasangannya dapat bertahan atau memahaminya, namun tidak untuk jangka panjang. Dia akhirnya akan bosan dan berontak sehingga boleh menjejaskan hubungan.


4. TERLALU Memiliki

Tidak ada seorang pun yang betul-betul ingin dimiliki oleh orang lain. Tentu saja dia kekasih kamu, namun bukan milik peribadi kamu.

Jadi biarkan dia juga dimiliki oleh dirinya sendiri, oleh teman-temannya, oleh keluarganya dan oleh orang lain. Jangan KERTERLALUAN memiliki dan menguasai dirinya.


5. TERLALU Menuntut


Meskipun lelaki perlu dipacu semangatnya, namun terlalu menuntut bukanlah cara yang baik. Lelaki juga ada had kesabarannya dalam melayan karenah pasangannya yang KERTERLALUAN menuntut itu dan ini. Lama-kelamaan dia akan jadi bosan dan tidak lagi mahu menurut kehendak pasangannya.


TERLALU KERTERLALUANKAH dikau...







edit dan ubahsuai dari edirossa

Wednesday, March 10, 2010

Kalaulah LELAKI Tahu...


* Apabila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.


* Wanita sukar hendak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati apabila hubungan itu putus di tengah jalan).


* Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.


* Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.


* Apabila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan akan mengetahui berita tersebut.


* Selepas seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.


* Apabila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya (lelaki), kemudian barulah dirinya sendiri.



* Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!


* Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.


Ah... Kalaulah Lelaki Tahu...


Ubahsuai dari sumber: edirossa

Friday, March 5, 2010

Perempuan Di Matahatiku


Tiba-tiba terpacak aku di sini

meniti balam-balam gerimis

tatkala angin mengirimi salam

tatkala hujan mengembangkan kuntuman

tatkala malam mendesirkan harapan

mengalunkan seruling rindu

menemui titik sirna

dalam hidupku yang pernah rebah

dikaki sepatu seorang perempuan



Kini masih aku hadir

mengulangi deklarasi

di atas mimbar di lantai iman

menyilau sejarah yang pernah mungkir

membuih rahsia yang pernah terpendam

dalam kehangatan masa silam

yang pahitnya kurasa seorang



Tiba-tiba terpacak aku di sini

senyumanku masih harum

seorang perempuan di matahatiku

membaluti luka dulu

kelopak matanya digenggami air

setelah mahar kuberi

setelah ijab kulafaz

setelah jari manis dihiasi

mewangi ke pangkal hati

mengubati rawan seorang lelaki

menjunjung kemuliaan seorang khadijah

membasahi dahaga ketakwaan

sepanjang hayat

Tuesday, February 23, 2010

SEPI, MENYEPI dan KESEPIAN

SEPI, MENYEPI dan KESEPIAN




Apakah yang anda akan lakukan apabila SEPI-SEPI begini? Tentu terkenang suka duka sepanjang perjalanan hidup ini. Yang manis biarlah ia terus kekal, yang pahit biar jua kekal namun jadikanlah ia sebagai cermin untuk dilihat kembali, apakah kepahitan itu boleh menjadi ubat untuk menyembuh dan merawat segala duka?


Apakah yang anda akan lakukan jika semua orang yang disayangi MENYEPI? Tentunya memendam rindu yang sarat. Rindu itu akan pecah dan melimpah apabila tahapnya tidak lagi mampu untuk menampungnya. Pasti deraian air matakan jatuh tanpa disedari. Apakah air mata itu mampu menjadi mutiara untuk menyukat segala rindu ?


Apakah yang anda lakukan tiba-tiba hidup ini terasa terlalu KESEPIAN? Tentunya rasa diri ini seolah-olah dipinggirkan dan tidak lagi dihargai. Adakah dengan mengambil sikap berdiam diri sedemikian, akan mengembalikan kesepian itu? Atau ketawa terbahak-bahak mengimbas kenangan lucu menjadi penawarnya?


Kesemuanya : SEPI, MENYEPI dan KESEPIAN adalah CITRA yang terindah untuk diharungi dan direnungi.

Sunday, February 7, 2010

Rahsia Jadi AYAH Yang Berkesan

Rahsia Jadi AYAH Yang Berkesan



BEBERAPA kajian menunjukkan bahawa kehadiran seorang AYAH menyumbang terhadap kejayaan anak dalam setiap fasa kehidupan mereka. Kajian itu disimpulkan dalam Father Facts, Edisi Ketiga (1998), antaranya:


BAYI yang mempunyai ayah yang selalu bersama-sama anaknya di lapan minggu pertama, lebih berkemampuan menangani TEKANAN di alam persekolahan.


ANAK yang rapat dengan ayahnya pada zaman kanak-kanak menjadi AGEN 'penyelesai masalah' yang baik apabila dewasa berbanding kanak-kanak yang tidak dipedulikan oleh ayahnya.


Apabila anak LELAKI dan PEREMPUAN dididik dan dibelai oleh ayahnya serta sentiasa di sampingnya, sikap mereka apabila dewasa menjadi lebih berinisiatif dan mampu mengawal diri.Kanak-kanak yang mempunyai hubungan rapat dengan ayahnya ketika zaman tumbesarannya akan menjadi seorang remaja dan orang dewasa yang seimbang.


Jalankan tugas bapa dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Kenal pasti apakah tugas anda sebagai bapa dalam rumah tangga. Tunjukkan dan beritahu anak bahawa anda juga ada tugas dalam rumah tangga, disamping ibu mereka. Anda bukan hanya bertugas di luar. Sekali-sekala berikan mereka peluang untuk mengutarakan pandangan atau menegur anda jika terlupa atau terlalai melakukan tugas anda di rumah. Selalu memeriksa dan memantau apakah anda telah melaksanakan tugas di rumah. Bayangkan 'hadiah' atau 'anugerah' yang bakal didapati (sama ada di dunia atau akhirat) jika anda menjadi ayah cemerlang!


Sediakan suasana dan rasa selamat dalam rumah dengan memberikan respon yang positif setiap kali berlaku krisis dan permasalahan dalam rumah. Paling penting anda memberikan saraan yang cukup kepada mereka. Bapa tidak boleh menghalang berlakunya krisis, tetapi tindakan anda ketika berlaku krisis dan mengembalikan suasana normal, sebenarnya 'mengajar' anak menangani krisis. Jangan lupa doakan untuk anak selepas solat.


Beri peluang anak anda mengenali Allah dengan menunjukkan 'keimanan' dan amal harian anda yang selari dengan tuntutan agama. Bersolat bersama-sama dan jadi imam dalam solat lima waktu di rumah. Bawalah mereka bersama-sama menunaikan solat berjemaah di masjid. Selalu bercerita mengenai makhluk yang dicintai Allah di bumi dan langit.

Jadilah Seorang Ayah Yang Berkesan


Diubahsuai dari: Endok Sempo Mohd Tahir

Friday, December 25, 2009

HUJAN


Hujan


Ketika berdiri

dianjung langit sore

awan kelabu berarak

hujan gerimis datang merenjis

membasahi daun daun jendela

dan tempiasnya

menyentuh sanubari


Hujan terus mencurah

Sang kodok terus berlagu indah

mengiringi irama gundah

menyapa mimpi tiada yang sudah

dikepung rimba duka

disambar halilintar

membakar gelaktawa


Turunlah...

merejam bumi

yang kesakitan

tiada siapa pun tahu

aku kaku menunggu

di ruang-ruang kelam

melihat titisan titisan terakhir

melekat dipintu cermin

menahan sebak rindu

melepaskan keperitan ini

tersungkur dalam lumpur

melupaimu

Tuesday, December 8, 2009

Perjalanan Semakin Lancar…Semua A

Sekadar Hiasan: Kegembiraan ini lebih bererti dengan
sekuntum syukur dan sejambak ketakwaan


Perjalanan Semakin Lancar…Semua A

ALHAMDULLILAH keputusan semester KEDUA ni dah pun keluar, semua A…ya lah dua paper jeeeeeee. Ini bermakna syarat PERTAMA untuk 12 kredit untuk pengijazahan telah selesai di campur SEMESTER pertama yang dahulu…Syarat KEDUA pembentangan proposal jua dah SELESAI…Syarat KETIGA Peperiksaan Komprehensif dah juga LULUS. Syarat KEEMPAT penulisan 2 jurnal untuk PENERBITAN…tak terbuat lagi dan SYARAT SYARAT lain masih lagi…………..AH…letih nak diceritakan. Walau apa pun diharapkan ia semakin LANCAR…dan… LANCAR…



CARBONARA UNTUK OPAH

Judul:  Carbonara untuk Opah Pengarang:  Aidil Fadzil Kategori: Novel Kanak-kanak Harga: RM10.90 Penerbit:  Ana Muslim ...