Wednesday, April 28, 2010

MENCARI ALIFF


Ketika menyaring dalam jaga mimpi

ada kekosongan dalam ruang tidak terisi

lalu tersentak dan jatuh berderai

terpinga-pinga mengenal diri

dalam kembara jalan menyusun benih murni


Ada suara menyeru kembali

tinggalkan kelekaan di dalam mengejar duniawi

masukkan diri dalam takhalli

mujahadah al-Nafs harus digali

membuang riak-riak yang bertahta di sanubari

kenalilah al-Hubb al-Ilahi

mentadbir nafsi

memakrifatkan dalam satu hati

mendengar kalimah suci

menebar kuntuman nurani

di cermin hakiki

jelas kekerdilan diri


Dan dalam raudhah pasti

berteleku mengsyariatkan janji

dengan dosa yang tidak pernah langsai

sering mengengkari

kerana ingin diazami

atas hidup dan mati ini

bersama Aliff disisi



14 comments:

  1. Salam..

    "Dosa yang tak pernah langsai" - Harus ada usaha agar ianya terhapus sebelum kembali kelak..

    ReplyDelete
  2. salam,
    semoga hidup dan mati
    kita sentiasa bersama Aliff disisi... amin!

    ReplyDelete
  3. salam..


    datang ke sini membaca tinta puisi darimu..

    moga hati tenang selalu..

    ReplyDelete
  4. Salam...:)

    Hidup dan Matiku hanya utkMu....
    Moga sentiasa dlm keredhaanNya..Amin..

    ReplyDelete
  5. salam cikgu...ermm banyak inmfo kat blog ni..berhenti membaca jap ya

    ReplyDelete
  6. sgt puitis la abg aidil..hehe..:)

    ReplyDelete
  7. whai abe aidil..haha..jgn marh ea pgil cm 2..kihkih..arini nk bg abg award lg..sudi2 la dtg amek kat blog aisya..hehe..PEACEeee..!!! <3

    ReplyDelete
  8. Salam Abd Razak:

    Moga dosa itu terus diampuni Allah

    ReplyDelete
  9. Salam Piewahid:

    Hidup dan matiku hanya padaMU..Ya Allah

    ReplyDelete
  10. Salam Ci Amy:

    InsyaAllah ketenangan pasti jadi milikmu...

    ReplyDelete
  11. Salam Pn Kartini:

    Lafazlah dengan nama Tuhanmu...Berjanjilah dengan nama Tuhanmu... dan letakkanlah jiwamu dengan pegangan yg sebenarnya...Amin.

    ReplyDelete
  12. Salam Umiliya n Penjejak Maya:

    Terima Kasih...kerana Ziarah mu mengukuhkan ukhwah ...

    ReplyDelete
  13. Salam Dik Nurasiyyah:

    Moga Allah memberkatinya. Terima Kasih dik.

    ReplyDelete