
Ketika menyaring dalam jaga mimpi
ada kekosongan dalam ruang tidak terisi
lalu tersentak dan jatuh berderai
terpinga-pinga mengenal diri
dalam kembara jalan menyusun benih murni
Ada suara menyeru kembali
tinggalkan kelekaan di dalam mengejar duniawi
masukkan diri dalam takhalli
mujahadah al-Nafs harus digali
membuang riak-riak yang bertahta di sanubari
kenalilah al-Hubb al-Ilahi
mentadbir nafsi
memakrifatkan dalam satu hati
mendengar kalimah suci
menebar kuntuman nurani
di cermin hakiki
jelas kekerdilan diri
Dan dalam raudhah pasti
berteleku mengsyariatkan janji
dengan dosa yang tidak pernah langsai
sering mengengkari
kerana ingin diazami
atas hidup dan mati ini
bersama Aliff disisi
Salam..
ReplyDelete"Dosa yang tak pernah langsai" - Harus ada usaha agar ianya terhapus sebelum kembali kelak..
salam,
ReplyDeletesemoga hidup dan mati
kita sentiasa bersama Aliff disisi... amin!
salam..
ReplyDeletedatang ke sini membaca tinta puisi darimu..
moga hati tenang selalu..
Salam...:)
ReplyDeleteHidup dan Matiku hanya utkMu....
Moga sentiasa dlm keredhaanNya..Amin..
salam cikgu...ermm banyak inmfo kat blog ni..berhenti membaca jap ya
ReplyDeletesalam ziarah...
ReplyDeletesgt puitis la abg aidil..hehe..:)
ReplyDeletewhai abe aidil..haha..jgn marh ea pgil cm 2..kihkih..arini nk bg abg award lg..sudi2 la dtg amek kat blog aisya..hehe..PEACEeee..!!! <3
ReplyDeleteSalam Abd Razak:
ReplyDeleteMoga dosa itu terus diampuni Allah
Salam Piewahid:
ReplyDeleteHidup dan matiku hanya padaMU..Ya Allah
Salam Ci Amy:
ReplyDeleteInsyaAllah ketenangan pasti jadi milikmu...
Salam Pn Kartini:
ReplyDeleteLafazlah dengan nama Tuhanmu...Berjanjilah dengan nama Tuhanmu... dan letakkanlah jiwamu dengan pegangan yg sebenarnya...Amin.
Salam Umiliya n Penjejak Maya:
ReplyDeleteTerima Kasih...kerana Ziarah mu mengukuhkan ukhwah ...
Salam Dik Nurasiyyah:
ReplyDeleteMoga Allah memberkatinya. Terima Kasih dik.