Wednesday, March 10, 2010

Kalaulah LELAKI Tahu...


* Apabila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.


* Wanita sukar hendak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati apabila hubungan itu putus di tengah jalan).


* Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.


* Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.


* Apabila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan akan mengetahui berita tersebut.


* Selepas seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.


* Apabila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya (lelaki), kemudian barulah dirinya sendiri.



* Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!


* Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.


Ah... Kalaulah Lelaki Tahu...


Ubahsuai dari sumber: edirossa

24 comments:

  1. hhhmmmm.....betul ke ni sampai macam tu skali??

    ReplyDelete
  2. Mungkin ada kebenarannya...cuma bersangka baik jer

    ReplyDelete
  3. mmg xtahu... sbb rasanya pompuan lebih mahal daripada itu!

    ReplyDelete
  4. setuju....
    entry yg menarik....

    ReplyDelete
  5. salam Cikgu Cun:

    Ya, gitulah agaknya

    ReplyDelete
  6. Salam Abd Razak:

    kekadang kita tidak mengetahui apa yang diperlukan dari diri lelaki..

    ReplyDelete
  7. Salam Piewahid:

    saja buat-buat mahal kot

    ReplyDelete
  8. salam zaijb:

    memang kena setuju pun......

    ReplyDelete
  9. salam,

    alangkah indahnya kalaulah semudah itu...

    ReplyDelete
  10. Salam IP:

    Namun sayangnya, tidak semudah yang disangka...kena banyak yang terkorban.

    ReplyDelete
  11. Kalaulah lelaki tahu alangkah bahagianya..

    Sangat bahagia kala dicintai dan disayangi..

    ReplyDelete
  12. Sallam,
    Itulah yang indahnya perempuan,suka memendam rasa..kalau lelaki pun sama macam perempuan apa jadi agaknya yea.
    Semuga di rahmati Allah..selamat berkarya.

    ReplyDelete
  13. Ass-salam
    to man out there...
    'know'and understand your woman...you will be be happier!

    ReplyDelete
  14. LOL: Sesungguhnya, lelaki sukar untuk lebih mengerti erti hati budi PEREMPUAN...terlalu sukar

    ReplyDelete
  15. Salam maskoi: Lelaki dan perempuan banyak bezanya...Lelaki sering memburu dan tergesa-gesa dalam memberi cinta...betul ke?

    ReplyDelete
  16. Salam Hazeleyed: moga-moga persefahaman yang ada dapat mengeratkan kasih sayang...moga berkekalan

    ReplyDelete
  17. salam Miecyber:

    ya...tapi kena tanya perempuan la...

    ReplyDelete
  18. hahahahaha..
    nk tgelak bce entry ni..
    tkene btg hdung..
    hahha..nice entry..:)

    ReplyDelete
  19. lelaki x leh blah..prngai jht cm munyittt..(erk..certain laki jela)

    ReplyDelete
  20. Salam Belaian Jiwa..

    Mereka sebenarnya tahu tapi saja buat2 tak tau... salam ukhuwah

    ReplyDelete
  21. Salam Nuraisyyah,

    moga lelaki-lelaki di luar sana lebih mengerti

    ReplyDelete
  22. salam asthetic:

    lelaki itu tidak lagi mengetahui isi hati seorang WANITA disisinya..

    ReplyDelete
  23. Salam atie;

    lelaki tidak tahu dan buat tidak tahu kerana sifat wanita itu sendiri.....

    ReplyDelete