Friday, August 28, 2009

Buana Ramadhan



Dinginnya waktu ini menglingkari saat saat lena
sedangkan ranting ranting pepohon sujud bertafakur
sedangkan unggas unggas dan segalanya memuji kebesaran-Mu
menjunjung hikmah dan menghambat kemanisan seribu bulan
mencari keredaan
keampunan Ilahi
agar gemaan rahmat terhimpun diribaan
hingga buih buih yang tersirat bercantum
menjadi doa yang makbul


Kesunyian malam
mengajari erti ke-Esaan
menyapu jiwa dalam butiran tasbih
mengucap nur kasih yang abadi
dan ikatan takwa
moga moga sepertiga ini
datangnya sejuta anugerah
yang dilontarkan di kaki insaf


Embun yang menitis
adalah rebutan perkasihan lailatulqadar
adalah pelikuran saham yang mustajab
adalah petunjuk kebenaran penebus dosa
adalah kesejukan penghilang kehausan
dalam sinar lentera keletihan
menuntut wangian kesturi di syurga
kemenangan yang maha hebat
berulit sahur kasih
di buana Ramadan-Mu

10 comments:

  1. banyak perkataan kena rujuk kamus...buana & pelikuran...

    namun... indah sungguh puisi ini

    ReplyDelete
  2. indah bahasa penulis
    bijak menyusun rantaian kata
    membentuk bahasa puitis
    tentang hamba yang mendamba
    kasih Azza Wa Jalla
    Dia seorang berdosa
    mecari keampunan
    yang disangka tertutup
    tertapi ia terbuka luas
    seluas-luas semesta alam
    sebelum ghurub matahari di barat

    ReplyDelete
  3. Salam

    Tetap menghargai susun kata - kata @...bahasa yang indah.

    ReplyDelete
  4. salam.. mmg cantik, bleh tak nak copy kat bloh Kedamaian Hati saya

    ReplyDelete
  5. a KL: Tq. Penelitian yang baik menjurus ke arah yang terbaik.

    Masterzizoul: tq, bagi ulasan. memang betul. Mencari keredaan/keampunan Allah.

    hazeleyed: Tq. singgah ziarah di sini. moga dapat manfaatnya.

    Maiyah: Silakan. tq kerana menghargainya. Moga ilmu yang memberi didikan itu disebarluaskan. t

    ReplyDelete
  6. Salam Ramadhan..puisi yang menyejukkan hati..teruja dengan bait3 kalimah yang tertulis..

    ReplyDelete
  7. Puisi yang indah
    dari rungkaian kata mampu menterjemah segala rasa dalam jiwa

    teruskan cikgu bermain dgn kata...saya akan beruasaha mencari makna...moga kita bertemu lallatul Qadar

    ReplyDelete
  8. Salam..
    Indah susunan bait2 bahasa..
    Di sebalik kata yg tersurat..ada yg tersiratnya..
    Semoga titipan sajak nan puitis mendamaikan jiwa yg menghargai bahasa ibunda yg indah..:)

    ReplyDelete
  9. Syahbandar: Selamat berpuasa kembali

    Imansyah: Tq. kepuitisan hak individu untuk menilai. Hanya Allah yang memilikki segalanya.

    Ciku Mas: Tq. InsyaAllah, carilah ia, semoga mendapat kebahagiaan dan keampunan dari-Nya.

    Pn. Kartini: tq. Carilah yang tersirat itu. Bahasa Melayu merupakan bahasa Islam di Nusantara. Galilah ilmu itu melalui bahasa itu.

    ReplyDelete