Wednesday, April 28, 2010

MENCARI ALIFF


Ketika menyaring dalam jaga mimpi

ada kekosongan dalam ruang tidak terisi

lalu tersentak dan jatuh berderai

terpinga-pinga mengenal diri

dalam kembara jalan menyusun benih murni


Ada suara menyeru kembali

tinggalkan kelekaan di dalam mengejar duniawi

masukkan diri dalam takhalli

mujahadah al-Nafs harus digali

membuang riak-riak yang bertahta di sanubari

kenalilah al-Hubb al-Ilahi

mentadbir nafsi

memakrifatkan dalam satu hati

mendengar kalimah suci

menebar kuntuman nurani

di cermin hakiki

jelas kekerdilan diri


Dan dalam raudhah pasti

berteleku mengsyariatkan janji

dengan dosa yang tidak pernah langsai

sering mengengkari

kerana ingin diazami

atas hidup dan mati ini

bersama Aliff disisi



Thursday, April 22, 2010

Pabila Cinta Meracau Jiwa


Jika anda ingin tahu PABILA CINTA MERACAU JIWA :

Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya.

Anda akan sentiasa merindukan dia.

Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan.

Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.

Apabila anda berpikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup keras.

Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.

Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.

Anda akan mulai mendengar lagu yang berirama balada.

Dia sentiasa di fikiran anda.

• Anda akan sentiasa terhirup baunya.

Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.

Anda akan lakukan apa saja untuk dirinya.

Apabila anda membaca ini, pada masa yg sama, ada seseorang di dalam fikiran anda.


CiNtA...HaDiR TiDaK diUndAnG...
PeRGi...TiDaK diHaLaNg..
HiLaNg...ReBah tiDaK BeRnYaWa...

Tuesday, April 6, 2010

5 TERLALU dan KERTERLALUAN

(Sekadar hiasan cuma...)



1. TERLALU Manja


Sifat manja wanita sering dikaitkan sebagai suatu daya tarikan tersendiri. Banyak lelaki yang menyukai kemanjaan kekasihnya, kerana ia dapat membangkitkan sifat melindunginya.

Namun jangan kemanjaan tersebut KERTERLALUAN. Wanita yang terlalu manja seumpama anak kecil yang mengada-ngada. Paling teruk karenah wanita yang terlalu manja kelihatan buruk di depan umum. Pasti akan memalukan teman lelakinya.


2. TERLALU Sensitif


Wanita yang terlalu perasa atau sensitif akan membuat kekasihnya merasa tidak bebas untuk mengungkapkan perasaanya, kerana takut melukai hatinya. Padahal dalam hubungan cinta yang sihat kedua belah pihak seharusnya saling mengungkapkan perasaannya dengan bebas.

Kadangkala gurauan yang KERTERLALUAN dapat mengguris perasaan wanita yang terlalu sensitif sehingga pasangannya tiada mood untuk berlawak jenaka bagi menceriakan suasana.


3. TERLALU Mengongkong


Lelaki memerlukan kebebasan atau ruang untuk melakukan aktiviti yang disukainya, untuk menekuni apa yang dipelajarinya, untuk bergaul dengan teman-temannya dan untuk menjadi dirinya sendiri.

Jika wanita KERTERLALUAN mengongkong, mungkin untuk sementara pasangannya dapat bertahan atau memahaminya, namun tidak untuk jangka panjang. Dia akhirnya akan bosan dan berontak sehingga boleh menjejaskan hubungan.


4. TERLALU Memiliki

Tidak ada seorang pun yang betul-betul ingin dimiliki oleh orang lain. Tentu saja dia kekasih kamu, namun bukan milik peribadi kamu.

Jadi biarkan dia juga dimiliki oleh dirinya sendiri, oleh teman-temannya, oleh keluarganya dan oleh orang lain. Jangan KERTERLALUAN memiliki dan menguasai dirinya.


5. TERLALU Menuntut


Meskipun lelaki perlu dipacu semangatnya, namun terlalu menuntut bukanlah cara yang baik. Lelaki juga ada had kesabarannya dalam melayan karenah pasangannya yang KERTERLALUAN menuntut itu dan ini. Lama-kelamaan dia akan jadi bosan dan tidak lagi mahu menurut kehendak pasangannya.


TERLALU KERTERLALUANKAH dikau...







edit dan ubahsuai dari edirossa

CARBONARA UNTUK OPAH

Judul:  Carbonara untuk Opah Pengarang:  Aidil Fadzil Kategori: Novel Kanak-kanak Harga: RM10.90 Penerbit:  Ana Muslim ...