Tuesday, February 23, 2010

SEPI, MENYEPI dan KESEPIAN

SEPI, MENYEPI dan KESEPIAN




Apakah yang anda akan lakukan apabila SEPI-SEPI begini? Tentu terkenang suka duka sepanjang perjalanan hidup ini. Yang manis biarlah ia terus kekal, yang pahit biar jua kekal namun jadikanlah ia sebagai cermin untuk dilihat kembali, apakah kepahitan itu boleh menjadi ubat untuk menyembuh dan merawat segala duka?


Apakah yang anda akan lakukan jika semua orang yang disayangi MENYEPI? Tentunya memendam rindu yang sarat. Rindu itu akan pecah dan melimpah apabila tahapnya tidak lagi mampu untuk menampungnya. Pasti deraian air matakan jatuh tanpa disedari. Apakah air mata itu mampu menjadi mutiara untuk menyukat segala rindu ?


Apakah yang anda lakukan tiba-tiba hidup ini terasa terlalu KESEPIAN? Tentunya rasa diri ini seolah-olah dipinggirkan dan tidak lagi dihargai. Adakah dengan mengambil sikap berdiam diri sedemikian, akan mengembalikan kesepian itu? Atau ketawa terbahak-bahak mengimbas kenangan lucu menjadi penawarnya?


Kesemuanya : SEPI, MENYEPI dan KESEPIAN adalah CITRA yang terindah untuk diharungi dan direnungi.

Sunday, February 7, 2010

Rahsia Jadi AYAH Yang Berkesan

Rahsia Jadi AYAH Yang Berkesan



BEBERAPA kajian menunjukkan bahawa kehadiran seorang AYAH menyumbang terhadap kejayaan anak dalam setiap fasa kehidupan mereka. Kajian itu disimpulkan dalam Father Facts, Edisi Ketiga (1998), antaranya:


BAYI yang mempunyai ayah yang selalu bersama-sama anaknya di lapan minggu pertama, lebih berkemampuan menangani TEKANAN di alam persekolahan.


ANAK yang rapat dengan ayahnya pada zaman kanak-kanak menjadi AGEN 'penyelesai masalah' yang baik apabila dewasa berbanding kanak-kanak yang tidak dipedulikan oleh ayahnya.


Apabila anak LELAKI dan PEREMPUAN dididik dan dibelai oleh ayahnya serta sentiasa di sampingnya, sikap mereka apabila dewasa menjadi lebih berinisiatif dan mampu mengawal diri.Kanak-kanak yang mempunyai hubungan rapat dengan ayahnya ketika zaman tumbesarannya akan menjadi seorang remaja dan orang dewasa yang seimbang.


Jalankan tugas bapa dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Kenal pasti apakah tugas anda sebagai bapa dalam rumah tangga. Tunjukkan dan beritahu anak bahawa anda juga ada tugas dalam rumah tangga, disamping ibu mereka. Anda bukan hanya bertugas di luar. Sekali-sekala berikan mereka peluang untuk mengutarakan pandangan atau menegur anda jika terlupa atau terlalai melakukan tugas anda di rumah. Selalu memeriksa dan memantau apakah anda telah melaksanakan tugas di rumah. Bayangkan 'hadiah' atau 'anugerah' yang bakal didapati (sama ada di dunia atau akhirat) jika anda menjadi ayah cemerlang!


Sediakan suasana dan rasa selamat dalam rumah dengan memberikan respon yang positif setiap kali berlaku krisis dan permasalahan dalam rumah. Paling penting anda memberikan saraan yang cukup kepada mereka. Bapa tidak boleh menghalang berlakunya krisis, tetapi tindakan anda ketika berlaku krisis dan mengembalikan suasana normal, sebenarnya 'mengajar' anak menangani krisis. Jangan lupa doakan untuk anak selepas solat.


Beri peluang anak anda mengenali Allah dengan menunjukkan 'keimanan' dan amal harian anda yang selari dengan tuntutan agama. Bersolat bersama-sama dan jadi imam dalam solat lima waktu di rumah. Bawalah mereka bersama-sama menunaikan solat berjemaah di masjid. Selalu bercerita mengenai makhluk yang dicintai Allah di bumi dan langit.

Jadilah Seorang Ayah Yang Berkesan


Diubahsuai dari: Endok Sempo Mohd Tahir

CARBONARA UNTUK OPAH

Judul:  Carbonara untuk Opah Pengarang:  Aidil Fadzil Kategori: Novel Kanak-kanak Harga: RM10.90 Penerbit:  Ana Muslim ...